Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kembali berniaga selepas lahirkan anak ketiga

Apr 04, 2021 | 05:30 AM



BERNIAGA dari rumah (HBB) tidak semudah yang disangka Cik Norbaizura Nawawi, 40 tahun, kerana beliau tetap menghadapi persaingan daripada para peniaga lain.



Lebih-lebih lagi kini dengan keadaan pandemik yang belum berakhir, wadah "on-line" menjadi pilihan utama peniaga memasarkan produk mereka.



Ada yang menguar-uarkan produk mereka secara agresif, dan ada juga berani ke depan dengan mengadakan penjualan secara langsung di wadah-wadah media sosial.



Cik Norbaizura yang menjual pakaian Hari Raya, termasuk set sepasang ibu dan anak melalui perniagaan dalam talian Aqiz Closetz, berkata beliau perhatikan kemunculan peniaga dari rumah yang semakin ketara sejak tahun Covid-19 melanda.



"Sekarang banyak sesi 'live' di wadah media sosial dan saya rasa lebih sukar untuk menjual kerana belum biasa.



"Berbanding dengan 2017, saya lebih suka berinteraksi dengan pelanggan secara langsung bertemu muka. Malah, saya menggalak pelanggan saya datang ke rumah untuk mencuba baju yang minat dibeli," ujar Cik Norbaizura yang sebelum menjadi suri rumah berpengalaman lebih lima tahun dalam penjualan dan perkhidmatan pelanggan.



"Dulu apabila saya muat naik produk di Facebook, respons yang saya dapat cukup baik, tetapi kerana sekarang sudah banyak peniaga serupa, lebih-lebih lagi yang menjual produk yang sama, respons agak perlahan," kata ibu tiga anak itu.



Justeru apabila beliau mendapat tahu tentang adanya portal Bazaar-Kita anjuran Wisma Geylang Serai dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), beliau mengambil kesempatan untuk turut serta kerana yakin ia dapat membantu perniagaannya dari segi pemasaran dengan mencapai lebih ramai pelanggan dalam talian.



"Saya harap menerusi bazar dalam talian ini perniagaan saya akan akan bertambah rancak dan menarik perhatian pelanggan," kata beliau.



Cik Norbaizura berkata pada mulanya beliau ingin menyewa kedai secara fizikal bagi menjual produk pakaiannya, namun suaminya menasihatkan supaya cuba berniaga dari rumah dulu.



"Sebelum ini saya berniaga dan berhenti menjual pada 2018 kerana menghadapi banyak cabaran lain. Saya berehat dan memberi tumpuan kepada keluarga," kata Cik Norbaizura sambil berkongsi beliau perlu merawat bapanya yang mengalami demensia sementara anak keduanya mengalami kelewatan perkembangan pembesaran.



Beliau kembali berniaga setelah melahirkan anak ketiganya tahun lepas.



Beliau berharap, dengan penyertaannya dalam portal Bazaar-Kita, lebih ramai keluarga dapat 'mengunjungi' kedainya untuk membeli set baju raya sekeluarga dengan harga berpatutan.



"Baju-baju yang dijual di Aqiz Closetz ada yang serendah $20 kerana saya mahu lebih ramai orang mampu mendapatkan baju baru Hari Raya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >