Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kembali ke sekolah dengan norma baru

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



MURID Tadika Satu (K1) dan Darjah Satu (P1) memulakan hari pertama di sekolah semalam dalam suasana norma baru di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Selain langkah pengurusan selamat yang biasa dilakukan seperti pengambilan suhu badan dan aturan duduk jarak selamat dalam kelas, sekolah-sekolah juga membuat penyesuaian dalam cara mereka menyambut murid sedang kanak-kanak itu membuat peralihan kepada sekitaran baru.



Ketika Berita Harian (BH) mengunjungi Sekolah Rendah Waterway (gambar) di Punggol semalam, keadaan kelihatan teratur dengan murid serta ibu bapa dan waris mematuhi langkah jarak selamat yang ditetapkan.



Hanya seorang sahaja - ibu, bapa atau waris - dibenarkan menemani pelajar K1 atau P1 di sekolah.



Ibu bapa atau waris yang menemani pelajar diundang untuk berkumpul di bilik darjah di mana mereka menghadiri sesi perkenalan oleh guru dan menonton video ucapan oleh pengetua sekolah itu, Cik Wee-Kwan Liam.



Pelajar Tadika Dua (K2) dan pelajar Darjah Dua (P2) hingga Darjah Enam (P6) mula sekolah hari ini.



Sekolah Pendidikan Khas (Sped) serta sekolah menengah juga dibuka semalam, sementara maktab rendah (JC) dan Institut Millennia (MI) akan memulakan sekolah pada 11 Januari.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >