Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kembali ke sekolah rangkul diploma selepas 10 tahun

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



Keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan tidak harus menghambat seseorang untuk terus melangkah demi memenuhi cita-cita dan membina kerjaya lebih mantap. Kadangkala, haluan tuju perlukan perubahan dan penyesuaian sebelum kejayaan dinikmati dan membanggakan diri dan keluarga. Sokongan keluarga dan galakan guru-guru juga memainkan peranan penting dalam memupuk semangat dan kepercayaan diri para pelajar untuk terus berjuang. Itulah yang dilalui dua pelajar, Encik Hilman Mansoor dan Cik Fatin Mayasari Amran. Mereka pernah melalui kekecewaan dengan keputusan peperiksaan masing-masing di peringkat lebih rendah, tetapi dengan sokongan keluarga dan guru, mereka kini berbangga dengan kejayaan akademik di peringkat lebih tinggi. Ikuti pengalaman yang dilalui dua pelajar ini dalam laporan BERITA HARIAN.




SETELAH tamat pengajiannya dalam Nitec dalam bidang Teknologi Multimedia pada 2012, Encik Hilman Mansoor tidak pasti sekiranya beliau ingin teruskan kerjaya dalam industri multimedia.



Berniat menceburi bidang yang lain, beliau telah mempelajari tentang bagaimana industri keselamatan ketika itu sedang berkembang.



Mengorak langkah berani, beliau mula bekerja dalam industri itu sebagai tenaga kerja keselamatan dan kemudian beralih untuk melakukan keselamatan berdasarkan sistem pada 2018.



Baru-baru ini, Encik Hilman, 27 tahun merupakan salah satu graduan cemerlang daripada kursus Diploma Pengajian-Kerja (WSDip) dalam Kejuruteraan Sistem Keselamatan.



Tidak berpeluang melanjutkan pengajiannya kerana Purata Nilai Gred(GPA) yang tidak baik dulu, Encik Hilman berkata beliau terharu apabila diundang untuk kembali ke sekolah.



"Ketika itu, saya tidak dapat lanjutkan pengajian saya ke peringkat Higher Nitec kerana Gred yang tidak memuaskan.



"Jadi bagi saya tidak harus berfikir banyak dan rebut peluang itu sahaja supaya saya dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan saya tentang industri yang sering berkembang ini," katanya yang menerima sokongan bekas majikannya, Dragnet Smartech Security Pte Ltd ketika itu.



Sepanjang program dua setengah tahun itu, lulusan ITE kolej Barat itu telah menunjukkan sikap bertanggungjawab serta berkebolehan untuk melakukan tugas yang mencabar serta membantu pasukannya dalam projek yang diberikan.



Melengkapkan pengalamannya dalam industri melalui program yang beliau menyertai, Encik Hilman dapat mengaplikasikan apa yang beliau pelajari dalam pekerjaan hariannya dan memberikan hasil yang baik.



Ternyata usahanya tidak sia-sia apabila beliau dinaikkan pangkat dan menerima kenaikan gaji.



"Bukan mudah sebenarnya.



"Saya kembali ke sekolah setelah 10 tahun dan boleh katakan, saya banyak bergelut kerana tidak dapat menyesuaikan diri.



"Namun, dengan dorongan sokongan guru-guru, rakan-rakan serta keluarga, saya dapat melalui cabaran yang besar ini," katanya yang lulus dari kursus WSDip kursus sebagai pelajar terbaik.



Bapa kepada seorang anak perempuan itu, merupakan salah satu penerima Pingat Emas Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura kerana terus mempertingkatkan diri serta menyumbang kepada industri keselamatan di sini.



Dengan pengalaman barunya, Encik Hilman berjaya mendapatkan pekerjaan baru awal tahun ini sebagai seorang Jurutera Keselamatan Bersekutu di Global Cyber Security Service Pte Ltd.



Di sana beliau menyokong seni bina keselamatan siber, peralatan, teknologi dan penyelesaian bagi syarikatnya.



"Sudah tentu saya tidak sangka akan menerima anugerah ini," katanya.



"Pengiktirafan yang diberikan ini menunjukkan bahawa usaha saya sehingga kini tidak sia-sia.



"Ia hanya membakar semangat bagi saya untuk terus melakukan prestasi yang terbaik dalam masa akan datang dan mengembang kerjaya saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >