RANCANGAN The BM Show kembali untuk musim keempat esok dengan kandungan dan maklumat lebih padat tetapi tetap rancak dan bertenaga.
Musim kali ini akan menampilkan dua segmen - Gah!, atau singkatan bagi Gaya Hidup dan Hiburan, dan Singapura.
Episod pertama akan mengetengahkan wawancara bersama naib juara pertandingan ratu cantik, Miss Singapore Universe 2021, Cik Nur Kalynskye Mohamed Adrian, di sebuah kafe kucing.
Dalam segmen Singapura pula, Encik Suhaimi Suboh, akan berkongsi cabaran harian yang harus dihadapinya sebagai pekerja penghantaran makanan dalam talian yang menggunakan kerusi roda elektrik.
The BM Show dihoskan oleh wartawan Berita Harian, Cik Shahida Sarhid (dari kiri), Cik Irma Kamarudin dan Cik Hanim Mohd Saleh (tiada dalam gambar). Penerbitnya ialah wartawan, Cik Zulaiqah Abdul Rahim (kanan).
Ia akan disiarkan di Facebook dan Instagram Berita Harian mulai 10 pagi esok.
Laporan lanjut: 5 perkara menarik tentang naib juara Miss Universe