Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kembalikan dulang, buang sisa makanan di kedai kopi, pusat makanan berkuat kuasa 1 Jan

nea
Aug 31, 2021 | 05:30 AM



PENGUATKUASAAN bagi peraturan mengembalikan dulang dan membuang sisa makanan atau sampah atas meja di kedai kopi dan pusat makanan akan bermula 1 Januari tahun depan.



Ini menyusuli peraturan serupa yang akan dikuat kuasa di pusat penjaja bermula esok.



Untuk membantu pelanggan menyesuaikan diri dengan peraturan di kedai kopi dan pusat makanan pula, satu tempoh peralihan selama dua bulan dari 1 November hingga 31 Disember telah ditetapkan.



Dalam tempoh ini, tiada tindakan penguatkuasaan akan diambil dan pelanggan hanya akan dinasihatkan supaya mematuhi peraturan tersebut, menurut kenyataan bersama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) semalam.



"Dalam tempoh nasihat itu, Duta Jarak Selamat dan pegawai daripada SFA yang dikerah ke kedai kopi akan terus mengingatkan pengendali agar memastikan pelanggan mengembalikan dulang dan perkakas serta sisa," menurut kenyataan itu lagi.



Poster dan sepanduk juga akan dipasang secara beransur-ansur di tempat-tempat ini untuk mengingatkan orang ramai agar membersihkan meja mereka.



Menurut NEA dan SFA lagi, kedai kopi dan pusat makanan kini dalam proses memasang prasarana untuk membolehkan pelanggan mengembalikan dulang dan perkakas mereka.



Sebelum ini, NEA telah berkata bahawa penguatkuasaan bagi peraturan serupa akan bermula di pusat penjaja bermula esok.



Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, mengadakan lawatan ke Pasar dan Pusat Makanan Sims Vista semalam untuk mengingatkan orang ramai bahawa penguatkuasaan di pusat penjaja akan bermula pada 1 September.



Perbuatan melanggarnya akan menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang.



Sejak pengumuman tentang peraturan di pusat penjaja, respons di tempat-tempat yang terlibat adalah menggalakkan, kata NEA dan SFA.



Secara purata, bilangan pelanggan yang memulangkan dulang dan perkakas telah meningkat daripada 30 peratus pada Februari tahun ini kepada 65 peratus.



Dalam pada itu, NEA juga akan meletakkan troli di beberapa pusat penjaja di mana perlu untuk menambah lagi tempat bagi pelanggan mengembalikan dulang dan perkakas mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >