Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

KEPUTUSAN GCE PERINGKAT 'A'

Kembar bersaing untuk cemerlang akademik, sukan

Feb 22, 2020 | 05:30 AM

PERSAINGAN antara kembar sesuatu perkara yang sering berlaku.

Tetapi bagi pelajar Maktab Rendah Victoria (VJC), Faez Nabil Daniel Khalid dan kembarnya, Fares Aqil Daniel Khalid, persaingan itu menjadi sumber dorongan dan semangat bagi dua remaja, yang berusia 19 tahun, untuk terus mengecapi kejayaan bersama.

Nabil dan Aqil merupakan anggota utama Pasukan floorball VJC dan telah berjaya ditempatkan di kedudukan ketiga dan kedua pada 2018 dan 2019 di Kejohanan Kebangsaan Sekolah Floorball Divisyen 'A'.

Oleh kerana mereka telah bermain dalam pasukan yang sama sejak sekolah rendah lagi, hubungan kembar ini semakin akrab sehingga meningkatkan persefahaman mereka semasa perlawanan.

"Kami telah mempelajari dan mengenali gaya permainan masing-masing dan kita tahu bagaimana untuk membantu antara satu sama lain semasa permainan.

"Kerana kami sudah bermain bersama lama, kami didorong oleh naluri semasa permainan dalam gelanggang," kata Nabil sambil mengatakan bahawa kerjasama mereka adalah keserasian kembar.

Walaupun mereka berkongsi minat dalam sukan floorball, kembar ini mendapati bahawa mereka juga mempunyai minat tersendiri semasa mereka membesar.

Setelah tamat pelajaran di Sekolah Menengah Victoria, Nabil dan Aqil telah melanjutkan pelajaran mereka ke VJC bersama tetapi telah mengambil subjek yang berlainan.

"Saya lebih suka mata pelajaran biologi kerana saya ingin pelajari tentang ekologi manusia tetapi Nabil lebih baik dalam pengiraan nombor dan telah memilih untuk mempelajari subjek fizik untuk peringkat 'A'," kata Aqil, yang lebih tua antara kembar ini.

Kembar ini merupakan antara 12,405 pelajar yang menduduki peperiksaan peringkat GCE 'A' tahun lalu.

Meskipun mereka mengambil subjek yang berlainan, beliau berkongsi bahawa mereka turut bergantung pada satu sama lain semasa penyediaan peperiksaan.

Antara cara mereka bekerjasama adalah melalui perkongsian nota bagi subjek yang sama seperti subjek kimia, matematik dan juga ilmu ekonomi.

"Ia banyak menolong kami memahami subjek-subjek ini dengan lebih mendalam kerana kadangkala, guru kami akan memberi nota yang berlainan.

"Contohnya, saya mempunyai kelemahan dalam subjek kimia. Nabil akan membantu saya memahami topik-topiknya melalui peta minda yang gurunya telah memberi. Pada saya ini menguntungkan kami berdua," ujar Aqil.

Nabil menambah beliau lega bahawa ada yang memahaminya dan sentiasa memberi motivasi untuk beliau mencapai kejayaan.

Kembar ini mampu meraih keputusan yang memberangsangkan apabila, menerima keputusan peperiksaan GCE peringkat 'A' semalam.

Nabil berjaya meraih tiga kepujian bagi subjek Matematik, Kimia dan juga Kerja Projek manakala Aqil satu kepujian bagi subjek Matematik.

"Kami bersekolah yang sama sejak kecil dan kami berharap dapat sama-sama melanjutkan pengajian di Universiti Nasional Singapura setelah menghabiskan perkhidmatan negara kami," seloroh Aqil.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian