Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kembar mati di longkang Bukit Timah: Bapa dikenakan tuduhan bunuh kedua

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



BAPA dua anak kembar lelaki berusia 11 tahun yang ditemui maut di sebuah longkang di Upper Bukit Timah telah dikenakan satu lagi tuduhan membunuh di mahkamah pagi semalam.



Xavier Yap Jung Houn, 48 tahun, kini didakwa membunuh Aston Yap Kai Shern pada 21 Januari lalu antara 4.23 dengan 6.18 petang, di sebuah longkang tertutup dekat taman permainan Greenridge Crescent.



Tuduhan pertama warga Singapura itu atas pembunuhan anak kembarnya yang lain Ethan Yap E Chern telah diubah semalam lapor akhbar The Straits Times (ST).



Waktu pembunuhan diubah kepada 4.23 dengan 6.18 petang.



Xavier Yap sebelum ini didakwa pada 24 Januari lalu. Dia hadir di mahkamah semalam menerusi pautan video dengan memakai kemeja T putih serta pelitup berwarna biru.



Pendakwa polis memberitahu mahkamah bahawa satu laporan daripada Institut Kesihatan Mental telah diselesaikan.



Beliau menambah laporan daripada Penguasa Sains Kesihatan dan satu laporan perubatan berkait kecederaan yang dialami Xavier Yap belum lagi selesai.



Peguam tertuduh, Encik Anil Singh Sandhu berkata beliau akan bertemu dengan anak guamnya Rabu depan.



Dalam kenyataannya sebelum ini, polis berkata Xavier Yap telah menghubungi polis dari taman permainan itu untuk meminta bantuan sekitar 6.25 petang, 21 Januari lalu.



Aston dan Ethan kemudian ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran.



Mereka disahkan mati di tempat kejadian oleh pegawai paramedik.



Anak kembar berkenaan dipercayai merupakan kanak-kanak berkeperluan khas dan pelajar sekolah di estet kawasan Eng Kong.



Xavier Yap boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >