Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kembar teruja sertai kontinjen

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



IA satu penghargaan dan kebanggaan besar, bagi dua beradik kembar yang akan berarak pada 9 Ogos ini, di depan semua rakyat Singapura di Marina Bay.



Lengkap dengan uniform biru dan skarf kuning Pandu Puteri digosok rapi sendiri, Mirra Syamilah Jumani dan Rizqah Farzana Jumani, dengan nada kecil berkata peluang menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) satu peluang luar biasa.



"Kami dapat tahu hanya satu sekolah saja dipilih menyertai kontinjen perbarisan tahun ini, dan hanya murid menengah dua sahaja boleh menyertainya," kata Rizqah, pelajar Sekolah Menengah West Spring, yang menyertai sekolah itu bersama Mirra.



"Jadi kami rasa teruja dapat dipilih sebab kalau kami dari sekolah lain atau umur kami lagi tua atau muda, kami tak akan dapat peluang ini," tambah si kakak yang dilahirkan seminit sebelum adiknya itu.



Kedua-dua beradik kembar turut menyambut ulang tahun mereka semalam bersama peserta perbarisan lain - daripada anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kepada pegawai polis dan Pasukan Pertahanan Awam - yang hadir semasa acara previu dengan media.



Rizqah dan Mirra terdiri daripada lebih 850 peserta kontinjen kumpulan beruniform sekolah serta pertubuhan sektor sosial dan ekonomi yang kembali berarak di perbarisan tahun ini di The Float @Marina Bay selepas dua tahun ditiadakan ekoran had bilangan peserta yang berkuat kuasa pada ketika itu dek pandemik.



Seramai 22 peserta Pandu Puteri - iaitu kegiatan ko-korikular kumpulan berseragam di sini - dari Sekolah Menengah West Spring menyertai NDP tahun ini.



Mirra berkata mereka harus berlatih setiap Sabtu sejak lewat Mei lalu.



Meskipun ia memakan masa rehatnya pada cuti sekolah dan pada hujung minggu ia bukan satu beban buatnya, kata Mirra.



"Sebenarnya kami rasa sangat bangga dapat mewakili sekolah dan keluarga menyertai perbarisan tahun ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >