Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kementerian, agensi usaha selaras lebih baik agar famili dapat bantuan terbaik

Masagos bimbang warga SG pecah belah sedang mereka semakin mewah
Apr 09, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN dan agensi akan berusaha menyelaras langkah sokongan dengan lebih baik, demi memastikan keluarga mudah terjejas mendapat bantuan terbaik, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



Misalnya, kementerian perlu menyelaras agar mereka yang menerima Geran Pemulihan Covid-19 sambil mencari kerja tidak akan kehilangan geran itu sebaik saja mereka mendapat pekerjaan atau ditempatkan dalam latihan, dan boleh terus menikmati kestabilan kewangan sewaktu peralihan itu.



Geran tersebut diperuntuk bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan, diletakkan di bawah cuti tanpa gaji tidak secara sukarela, atau mengalami kehilangan pendapatan besar disebabkan kesan ekonomi Covid-19.



"Ia harus datang dalam sebuah pakej agar ia memperkukuh satu sama lain," kata Encik Masagos dalam satu temu bual radio bersama deejay Claressa Monteiro daripada stesen Money 89.3FM semalam.



Beliau berkata itu adalah satu tugas besar kerana buat masa yang lama, setiap agensi melakukan kerja secara individu tetapi mereka akan cuba mencari cara bagi mereka menyelaras dengan lebih baik dan memberi manfaat kepada keluarga, untuk dapat memandang setiap keluarga secara berbeza dan membantu mereka dalam cara diperlukan mereka.



Temu bual itu ialah mengenai bantuan kewangan bagi warga Singapura yang terjejas oleh Covid-19. Ia menyusuli pengumuman baru-baru ini bahawa penerima Geran Pemulihan Covid-19 boleh memohon tambahan geran selama tiga bulan jika mereka memerlukan sokongan lanjut dan terus memenuhi syarat, lapor The Straits Times.



Pandemik Covid-19 menjejas warga Singapura daripada pelbagai latar belakang, tetapi ia juga menonjolkan keluarga berpendapatan lebih rendah yang mungkin menghadapi lebih kesukaran dengan kesan kehilangan pekerjaan dan pemotongan gaji, serta pembelajaran di rumah dengan sumber tidak mencukupi.



Apabila ditanya apa paling membimbangkan beliau sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos berkata: "Saya risau masyarakat kita, sedang kita menjadi lebih mewah, kita juga mahu hidup berasingan daripada satu sama lain."



Beliau menjawat jawatan itu Julai tahun lalu dan sebelum ini merupakan Menteri Sekitaran dan Sumber Air.



Encik Masagos berkata selalunya mudah tinggal bersama orang seperti kita, tetapi tidak bersama orang yang mungkin tidak seperti kita.



"Ia mungkin bangsa kita, ia mungkin agama kita, saya risau apabila ini menjadi perkara yang memecahbelahkan masyarakat kita," kata beliau.



Itu sebabnya perumahan di Singapura dirancang dalam cara orang di rumah sewa tinggal bersebelahan dengan mereka yang di rumah lebih besar, dan mereka mungkin pergi ke sekolah dan pusat penjaja sama, tujarnya.



"Ini adalah gagasan amat berharga yang kita perlu pelihara, dan saya risau satu hari nanti apabila orang ramai mahu tinggal terpisah dan berjauhan daripada kesusahan yang mereka lihat dalam kehidupan harian.



"Kita hanya perlu terus berusaha keras untuk memastikan kita terus menjadi masyarakat inklusif tidak kira apa situasi kita - krisis atau kemewahan," kata Encik Masagos.



Satu lagi matlamat kementerian itu ialah membolehkan keluarga melibatkan diri dalam masyarakat dan mengambil peluang.



"Jadi walaupun mereka miskin, tinggal di rumah sewa, kami mahu memberi mereka kemampuan mengambil bahagian," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >