Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kementerian Pengangkutan meminta kerajaan Malaysia untuk memperjelas kedudukan projek rel berkelajuan tinggi KL-Singapura

Jul 20, 2018 | 09:19 PM



KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) telah meminta Kerajaan Malaysia untuk memberikan makluman bertulis bagi  menjelaskan kedudukannya terhadap projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) antara Singapura dengan Malaysia sehingga  31 Julai ini.

Seorang jurucakap MOT hari ini berkata jika Malaysia ingin bertemu Singapura untuk membincangkan projek HSR, ia harus berbuat demikian pada tarikh yang sama.

"Mereka masih belum memberikan penjelasan kepada Singapura seperti yang  yang diminta, atau menyampaikan tarikh yang dicadangkan untuk perbincangan tersebut," kata jurucakap itu sambil menambah  menambah bahawa MOT  membuat permintaan keatas  Malaysia melalui saluran diplomatik.

MOT berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada media mengenai komen yang dibuat semalam oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata Malaysia akan berunding bagi penangguhan projek HSR dengan Singapura untuk mengelakkan daripada membayar pampasan di bawah rancangan awalnya untuk membatalkan  projek itu.

Beliau juga berkata akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu apabila Menteri  Ekonomi Malaysia, Encik  Mohamed Azmin Ali yang dijangka melawat Singapura menjelang akhir bulan ini.

Terdaulu, Encik  Azmin berkata beliau akan memaklumkan kepada Singapura mengenai tarikh yang dicadangkan bagi perbincangan sebelum akhir  Julai ini, tetapi tiada tarikh yang ditetapkan untuk pertemuan.

Pada  Mei lalu, Dr Mahathir berkata Kabinet Malaysia bersetuju untuk membatalkan  projek HSR untuk mengurangkan hutang Malaysia.

Namun  pada  Jun, beliau mengatakan projek itu akan ditangguhkan.

Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan berkata semasa di Parlimen memberitahu  bahawa Singapura telah membelanjakan $250 juta dalam projek itu, dan kemungkinan membelanjakan  $40 juta lagi pada akhir tahun ini.

Jurucakap MOT  berkata:

 "Kita perhatikan kenyataan yang berbagai-bagai  dan bertentangan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung hasratnya mengenai  Projek HSR. 

“Oleh kerana HSR adalah Perjanjian Dua Hala yang terikat dengan  perjanjian antarabangsa, Malaysia dan Singapura bertanggungjawab untuk memenuhi terma Perjanjian yang sedia ada, tanpa adanya pindaan yang dipersetujui bersama dalam Perjanjian ini. "

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >