Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kementerian rancang lantik LTA selaku agensi keselamatan rel rentas sempadan

rel
Nov 07, 2017 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) merancang melantik Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebagai agensi keselamatan laluan rel rentas sempadan bagi menyelaraskan ehwal keselamatan laluan berkenaan.



Agensi keselamatan rentas sempadan itu akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk mengeluarkan dan menguatkuasakan keperluan keselamatan bagi laluan berkenaan.



Ini termasuk melakukan pemeriksaan ke atas penumpang di stesen dan prosedur bagi menangani kejadian keselamatan.



Ketetapan itu merupakan antara yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Laluan Rel Rentas Sempadan yang dibentangkan Menteri Kedua Pengangkutan Ng Chee Meng buat bacaan kedua di Parlimen semalam.



Encik Ng berkata rang itu diperkenal untuk menyokong perancangan dan pembinaan laluan rel rentas sempadan dan meletakkan rangka kerja bagi memastikan operasi laluan rel rentas sempadan yang selamat.



Serupa dengan pendekatan yang diambil dalam membina laluan MRT dan LRT di bawah Akta Sistem Gerak Cepat, rang laluan Rel Rentas Sempadan memberi LTA kuasa menggunakan tanah untuk membina dan mengendali tanah bagi laluan rel rentas sempadan.



"Seperti amalan sedia ada, notis akan diberikan kepada pemilik tanah yang terjejas oleh sebarang kerja.



"Andainya pemilik tanah mengalami sebarang kerosakan ke atas hartanah atau struktur di atas tanah, mereka layak menerima pampasan," kata Encik Ng.



Rang itu juga membuat peruntukan bagi pelesenan Pengendali Khidmat Rel, termasuk kod amalan, hala tuju dan arahan untuk memastikan operasi rel yang selamat dan aman.



Ia antara lain memberi LTA kuasa mengenakan penalti sehingga $1 juta atau 10 peratus pendapatan tahunan pemegang lesen yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.



Terdapat juga peruntukan memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik LTA untuk menjalankan pemeriksaan dan sebagai auditor keselamatan rel.



Sebagai contoh, sesiapa yang menghalang pemeriksa atau auditor keselamatan menjalankan tugasnya boleh didenda sehingga $5,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.



Selepas membacakan rang itu buat kali kedua, Encik Ng telah membuat permohonan agar ia dirujuk kepada sebuah Jawatankuasa Pilihan yang dipengerusikan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.



Anggota Jawatankuasa Pilihan terdiri daripada Encik Ng dan beberapa AP lain seperti Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines), Encik Low Thia Khiang (GRC Aljunied), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (GRC Nee Soon), Encik Sitoh Yih Pin (Potong Pasir), Encik Vikram Nair (GRC Sembawang) dan Encik Melvin Yong (GRC Tanjong Pagar).



Parlimen meluluskan permohonan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >