Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08

Kempen baru dilancar demi galak interaksi dengan pekerja pengangkutan awam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kempen baru dilancar demi galak interaksi dengan pekerja pengangkutan awam

Oct 21, 2018 | 02:27 PM

KEMPEN baru yang menggalak orang ramai untuk menyapa dan mengucapkan terima kasih kepada pekerja pengangkutan awam, seperti kapten bas dan jurutera landasan, dilancarkan pagi tadi (21 Oktober). 

Dipanggil Kempen Hargai Pekerja Pengangkutan Awam, ia memaparkan poster, sepanduk, iklan bas serta usaha penglibatan secara digital demi menggalak orang ramai menunjukkan penghargaan mereka kepada wira-wira yang bekerja tanpa henti dan di sebalik tabir demi membawa warga Singapura ke destinasi mereka dengan cepat dan selesa. 

Anggota Parlimen GRC Tampines Encik Baey Yam Keng, yang juga merupakan Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), melancarkan kempen tersebut pagi tadi. 

Encik Baey, yang telah bertemu pekerja pengangkutan awam di stesen MRT dan pusat pertukaran bas Tampines, berkata: “Pekerja-pekerja ini bekerja keras tidak kira panas atau hujan, untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, sama ada melalui bas atau MRT.

“Jika anda mampu, berikan senyuman kepada mereka, apabila kapten bas menunggu anda, ucapkan ‘terima kasih’ apabila anda menaiki bas. Ini akan menggembirakan mereka serta mendorong mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai.” 

Beliau berharap orang ramai akan menjadikannya satu kebiasaan untuk menyampaikan penghargaan mereka sepanjang tahun,dan bukan hanya untuk tempoh sebulan kempen tersebut. 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3