Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen 'BH SoSedap' pelawa pembaca kongsi selera kunjungi F&B setempat

Aug 25, 2021 | 05:30 AM



MENYERLAHKAN semangat gotong royong masyarakat Melayu setempat.



Untuk itu, Berita Harian melancarkan kempen 'Berita Harian (BH) SoSedap' yang akan berlangsung sehingga 18 Oktober ini.



Kempen 'BH SoSedap' ini bertujuan membantu para peniaga makanan dan minuman (F&B) halal mengharungi cabaran perniagaan dalam tempoh pandemik Covid-19, yang menjejas teruk banyak perniagaan, termasuk dalam sektor F&B.



Pegerai kecil dan pengendali di pusat penjaja makanan turut merasai keperitan, dan ada juga yang terpaksa gulung tikar kerana terkesan dengan kelembapan perniagaan.



Kempen 'BH SoSedap' ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat dan penggemar makanan halal tempatan dan tempat-tempat makan yang sedia ada, seka-li gus mempelawa mereka berkongsi gerai makan atau restoran halal yang mereka minati.



Inisiatif ini adalah sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) akhbar BH.



Pembaca yang berkongsi maklumat tentang tempat-tempat makanan halal kegemaran mereka, berpeluang memenangi hadiah baucar Takashimaya bernilai $100.



Mereka hanya perlu ke laman bh.sg/sosedap atau mengimbas kod QR yang tertera.



BH juga telah menyediakan laman The Berita Harian Halal Food Map bagi membolehkan pembaca mengikuti dan mengetahui senarai pegerai halal yang tersedia bh.sg/foodmap.



Antara pegerai makan yang sempat ditemui BH ialah Cik Dewi Suriani Sjarif dari Liza Nasi Padang; Encik Sumadi Sapari, pemilik Warong Pak Sapari; dan Encik Mohamad Fadzli Saad, pemilik Satay Shiok di Lau Pa Sat.



Bagi Cik Dewi, 49 tahun, salah satu pembekal makanan dalam BH Halal Food Map, peluang tampil dalam satu video terbitan BH merupakan satu penghormatan yang indah baginya.



Ibu dua anak remaja itu yakin inisiatif begini mampu menyemarakkan lagi industri F&B halal dan secara tidak langsung, memberi sinar harapan kepada pegerai setempat.



Encik Sumadi, 53 tahun, pula memberitahu BH beliau ingin untuk terus mengekalkan perniagaan keluarga yang dibina sejak 1973 di Pusat Makan Adam Road.



Di samping itu, beliau juga ingin terus melestarikan hidangan Melayu.



Inilah yang menjadi 'misi' beliau selama ini.



Encik Sumadi juga berpendapat, pasaran halal, terutamanya dalam sektor F&B di negara ini, cukup luas.



Para peniaga setempat boleh terus merebut peluang yang tersedia.



"Saya amat berterima kasih kerana gerai saya terpilih untuk muncul dalam kempen 'BH SoSedap' dan akan muncul di dalam video terbitan akhbar ini.



"Kempen ini seperti memberikan kami semangat untuk terus berjuang di waktu yang mencabar ini.



"Saya juga berharap agar para peniaga makanan halal yang lain terus memperjuangkan perniagaan mereka, agar hidangan Melayu kita tidak akan pupus.



"Saya juga berpendapat, pasaran halal kita ini cukup luas dan berpotensi untuk dipelopori dengan lebih mendalam.



"Jadi peniaga setempat boleh terus berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka," kata Encik Sumadi.



Bagi Encik Fadzli pula, terpilih dalam kempen ini merupakan peluang keemasan untuk memberikan pendedahan yang baik kepada perniagaan satenya.



Bapa tiga anak ini memulakan perniagaan satenya sejak tahun lalu.



"Saya berharap kempen ini akan meningkatkan lagi pendedahan perniagaan kami kepada orang ramai.



"Dengan inisiatif ini juga, ia bagai memberi kami motivasi dan perangsang untuk terus bekerja keras dan lebih gigih lagi.



"Saya juga berharap masyarakat Melayu/Islam di sini akan terus menyokong pegerai-pegerai makanan halal setempat, agar kami dapat terus mengekalkan perniagaan ini, terutama di waktu mencabar seperti sekarang," kata Encik Fadzli, 40 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >