Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen Buka Puasa SGUnited  capai sasaran $3j 

May 18, 2020 | 06:38 PM



KEMPEN Buka Puasa SGUnited telah mencapai sasaran mengumpul dana $3 juta selang sebulan ia dimulakan.



Kempen itu dimulakan untuk menyediakan makanan berbuka puasa bagi 20,000 orang dari golongan benefisiari zakat, pekerja jagaan kesihatan, serta kumpulan lain yang memerlukan bantuan.



Dalam kenyataannya pada Isnin (18 Mei), penggerak kempen itu, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF)berkata sokongan masyarakat yang melimpah-ruah menunjukkan mereka sedar peri penting bekerjasama dan membantu warga Singapura yang lain.



Pengarah eksekutif RLAF Encik Zainul Abidin Ibrahim berkata:



“Pada masa di mana kecekalan hati kita diuji, kita melihat sikap murah hati yang ditunjukkan oleh individu, perniagaan setempat, badan kebajikan dan kumpulan relawan yang menunjukkan belas kasihan dan memberi bantuan secara praktikal kepada mereka yang terjejas akibat pandemik.”



Menurut RLAF, kempen yang berpangkalan di Giving.sg itu akan ditutup pada Selasa (19 Mei).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >