KEMPEN Cabaran Presiden tahun depan akan memberi tumpuan pada individu kurang upaya, khususnya cara bekerjasama dengan majikan untuk menggalak pengambilan pekerja yang inklusif, kata Presiden Halimah Yacob.
Semasa berucap di majlis sambutan ulang tahun ke-50 Persatuan Kebajikan Orang Kurang Upaya (HWA) di Marina Bay Sands semalam, Puan Halimah berkata beliau berharap masyarakat boleh melihat "menjangkau ketidakupayaan dan mengiktiraf keupayaan semua orang yang berbeza".