DALAM mempergiat usaha menyebarkan mesej antidadah, terutama sekali pada golongan belia, empat studio muzik memberi sokongan padu mereka kepada kempen 'Dadah Itu Haram'.
Pada Jumaat lalu, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan dan Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, mengunjungi beberapa studio muzik untuk mendekati mereka serta mengagihkan risalah dan pelekat 'Dadah Itu Haram'.