Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEMPERINGATI HARI WANITA SEDUNIA

Kempen dilancar bagi tingkat kesedaran cegah HPV, barah serviks

Mar 06, 2022 | 05:30 AM



TINGKAT kesedaran cegah papiloma virus manusia (HPV) dalam kalangan wanita, terutama golongan belia, menerusi lagu.



Itulah yang dilakukan Perikatan Singapura bagi Tindakan Aktif Terhadap Papilomavirus Manusia (A4HPV) dengan pelancaran lagu yang bertajuk, 'One Jab, One check, One Less Worry' semalam.



Lagu itu sebahagian daripada kempen sepanjang setahun A4HPV, 'One Less Worry'.



Menteri Negara (Perdagangan dan Perindustrian), Cik Low Yen Ling mengumumkan kempen tersebut semalam di sebuah majlis pelancaran di Muzium Negara.



Meskipun tumpuan kini diberikan kepada pandemik Covid-19, namun penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai keadaan kesihatan yang lain, terutamanya bagi yang boleh dicegah melalui vaksinasi seperti HPV.



Cik Low berkata sedang barah serviks merupakan penyakit barah kesepuluh yang paling biasa di kalangan wanita, namun, ia boleh dicegah.



Ini boleh dilakukan melalui dua cara pencegahan - vaksinasi yang di sediakan sebagai sebahagian daripada Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Nasional (NCIS) dan Jadual Imunisasi Dewasa Nasional (NAIS) dan Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan atau 'Screen For Life' (SFL) oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).



Turut menyertai pelancaran secara hibrid itu semalam adalah 150 wanita dan golongan belia daripada seluruh dunia dan kumpulan masyarakat tempatan seperti Majlis Eksekutif Wanita (WEC) Persatuan Rayat (PA), Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Yayasan Temasek.



Kempen 'One Less Worry', A4HPV akan menganjurkan beberapa aktiviti sepanjang tahun, antaranya mendekati masyarakat melalui lagu dan tarian Zumba 'One Jab, One check, One Less Worry' selain bekerja sama dengan rakan kongsi untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang barah serviks.



Mengulas, Penasihat Perubatan Khas untuk Perikatan Singapura bagi Tindakan Aktif Terhadap Papilomavirus Manusia (A4HPV), Dr Ida Ismail-Pratt berkata barah serviks bukan masalah golongan wanita sahaja.



"Kita semua harus bertanggungjawab untuk memastikan kita tahu bagaimana untuk mencegah HPV dan mana untuk mendapat sumber informasi supaya wanita dalam kehidupan kita dilindungi," ujar konsultan dan ketua dalam bidang ginekologi, pemeriksaan dan pencegahan barah di Hospital Universiti Nasional (NUH) itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >