Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen elak bazir makanan semasa makan luar dilancar

Feb 16, 2019 | 07:00 PM



 





SATU kempen untuk menggalak warga Singapura mengurangkan pembaziran apabila makan di luar telah dilancar pada Sabtu (16 Februari) oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Ramai warga Singapura makan di luar dan kempen itu bertujuan menggalak mereka memesan jumlah makanan yang mampu dihabiskan sahaja, kata NEA.



“Berdasarkan pengamatan, makanan mengandungi karbohidrat seperti nasi dan mi adalah dua jenis makanan yang sering dibazirkan apabila orang makan di luar,” kata NEA dalam kenyataannya, berkongsi hasil tinjauan yang dilakukannya baru-baru ini.



Menurut NEA, 85 peratus penduduk di Singapura makan di luar sekurang-kurangnya sekali seminggu, dengan 10 peratus peserta tinjauan berkata mereka berbuat demikian setiap hari.



Melalui kempen selama setahun itu, NEA bakal mendekati pengguna di 25 pusat jaja makanan, serta di pasaraya tertenu, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi.



Mereka akan digalak supaya memesan makanan pada kuantiti yang memadai, minta mengurangkan nasi atau mi, dan tidak memilih lauk tambahan. 



Kempen itu dilancar oleh Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air) Dr Amy Khor di Pusat Jaja Makanan Yishun Park.



“Kami ingin mencipta budaya yang menyeluruh, di mana setiap orang bersikap hanya ingin membeli atau masak makanan yang cukup-cukup untuk dimakan, dan menggalak rakan dan keluarga mereka berbuat serupa. Mereka juga boleh mempengaruhi amalan dan sikap orang lain di tempat kerja, dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NEA Encik Tang Meng Dui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >