Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen galak masyarakat kurang ambil gula, henti merokok dilancar

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



KEMPEN awam yang bertujuan menggalak masyarakat Melayu membuat perubahan gaya hidup yang mudah supaya dapat menikmati Ramadan dan Hari Raya yang lebih sihat dilancarkan Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, semalam.



Diadakan buat tahun ketiga, kempen itu - dikenali dengan mesej "Kita Dah Cukup Manis, Kurangkan OK?" - menggalak masyarakat antara lain untuk mengurangkan pengambilan gula dalam minuman dan berhenti merokok sepanjang bulan suci ini dan semasa musim perayaan nanti.



Pelancaran kempen itu diadakan secara hibrid, dengan Cik Rahayu hadir secara fizikal di restoran The Malayan Council di Bussorah Street dan acaranya juga disiarkan secara langsung di laman Facebook Korang OK Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).



Ditemui media di akhir acara itu, Cik Rahayu berkata HPB akan mengadakan pelbagai usaha bersama rakan kerjasama seperti The Malayan Council, Tabung Amal Aidilfitri (TAA), dan M3@Bandar untuk mengajak masyarakat sama-sama mengamalkan tabiat yang baik dan sihat untuk diri mereka dan juga keluarga.



"Saya rasa ini adalah perkara yang dapat mendorong masyarakat tetapi usahanya perlu datang daripada individu dan keluarga itu sendiri.



"Saya harap dengan kita uar-uarkan kempen ini, orang akan lebih sedar dan mungkin akan terpanggil untuk bersama dengan keluarga mereka untuk turut serta dalam kempen ini dan diharapkan ini juga adalah sesuatu yang akan dibawa keluar dari waktu Ramadan dan Hari Raya dan menjadi tabiat sepanjang kehidupan mereka," kata beliau.



Antara inisiatif yang bakal diadakan ialah sesi perkongsian dalam alam maya oleh individu yang telah berhenti merokok dengan kerjasama badan-badan Melayu/Islam dan masjid.



Menurut HPB, sekitar 1,700 peserta telah mendaftarkan diri di bawah program I Quit 28-Day Countdown di bazar semasa Ramadan pada 2019 - kali terakhir bazar diadakan secara fizikal sebelum Covid-19 melanda.



Demi menggalak pemakanan sihat pula, HPB akan bekerjasama dengan Dana Amanah TAA dan M3@Bandar di Jurong, Pasir Ris, Tampines dan Woodlands untuk mengagihkan minuman dengan kandungan gula yang rendah, beras perang, bihun beras perang, dan minyak serta snek lebih sihat, sebagai sebahagian pek barangan runcit kepada sekitar 5,500 keluarga semasa Ramadan.



Meskipun pelbagai usaha telah diadakan untuk menggalak gaya hidup lebih sihat, kadar peratusan keseluruhan orang Melayu yang menghidapi kencing manis telah meningkat daripada 11.6 peratus kepada 14.4 peratus antara 2017 dengan 2020.



Cik Rahayu berkata perangkaan itu merupakan satu kerisauan kerana walaupun terdapat usaha yang dijalankan, masih dapat dilihat peningkatan dalam jumlah mereka yang menghidapi kencing manis.



Beliau berharap masyarakat Melayu akan bekerjasama untuk mempertingkat tahap kesihatan dalam masyarakat.



"Ini kami akur dan ini memerlukan kami untuk melihat bagaimana untuk terus memperbaiki usaha menjangkau masyarakat kita…



"Saya harap dengan adanya kempen sebegini, dengan kesedaran, dan data-data sebegini, kita akan lebih terpanggil, lebih terasa kepentingannya untuk melakukan sesuatu.



"Usaha ini tidak akan dapat terus berjaya dalam waktu yang singkat ataupun sehari.



"Sebenarnya, ini usaha yang berpanjangan dan kita harapkan generasi yang akan datang akan menjadi lebih sihat dan lebih baik dan juga membantu dan menggalakkan tabiat yang lebih baik dalam kalangan mereka yang lebih tua," kata beliau.




"Saya harap dengan adanya kempen sebegini, dengan kesedaran, dan data-data sebegini, kita akan lebih terpanggil, lebih terasa kepentingannya untuk melakukan sesuatu. Usaha ini tidak akan dapat terus berjaya dalam waktu yang singkat ataupun sehari.



Sebenarnya, ini usaha yang berpanjangan dan kita harapkan generasi yang akan datang akan menjadi lebih sihat dan lebih baik dan juga membantu dan menggalakkan tabiat yang lebih baik dalam kalangan mereka yang lebih tua."
- Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >