Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen galak tandas awam bersih dilancar

Orang ramai diminta amal kebiasaan 'Pam, Bersih, Buang, Kering'
Nov 20, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kempen bagi menggalak orang awam menjaga kebersihan tandas awam telah dilancarkan semalam sempena Hari Tandas Sedunia.



Kempen Kebersihan Tandas Awam 2021 Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) itu bertujuan mempertingkat tahap kebersihan tandas awam dengan menggalak orang ramai mengamalkan empat cara - 'Pam, Bersih, Buang, Kering'.



Ia merujuk kepada tindakan mengepam tandas selepas menggunakannya, memastikan tempat duduk tandas bersih, membuang sampah dengan betul, dan memastikan lantai tandas kering.



Kempen itu, yang turut disokong rakan NEA, Persatuan Tandas Singapura dan Pergerakan Baik Budi Singapura (SKM), telah dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, bersama dengan Majlis Kebersihan Awam (PHC).



Sebagai menandakan permulaan kempen itu, Dr Khor bersama pengerusi PHC, Encik Edward D'Silva, telah meletakkan poster kempen berdekatan tandas awam di kedai kopi FoodHub di Serangoon Avenue 4.



Dr Khor berkata tandas awam yang bersih adalah penting bagi kesihatan umum.



"Sedang kita mempertingkat usaha menyokong peningkatan prasarana dan penyenggaraan tandas yang baik di kedai kopi dan pusat penjaja, pihak pelanggan dan pegerai juga perlu menggunakan tandas secara bertanggungjawab.



"Pada dasarnya, apabila tandas awam sebersih tandas rumah kita, kita juga boleh rasa selamat menggunakannya," kata beliau.



Sebagai sebahagian daripada kempen itu, bahan-bahan seperti poster, pelekat cermin dan pelekat dinding akan diletakkan secara bertahap-tahap di tandas awam di lebih 100 pusat penjaja kendalian NEA atau pengendali dilantik agensi itu serta 120 kedai kopi dikendalikan Persatuan Peniaga Restoran Kopi dan Bar Foochow Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >