Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen HPB galak makanan khasiat semasa Ramadan, Syawal

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



KEMPEN menggalak masyarakat Melayu mengambil makanan berkhasiat sempena Ramadan lalu dan Raya ini, yang diperkenalkan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) antara lain menekankan tentang kepentingan mengurangkan pengambilan gula dan jumlah makanan.



Berlandaskan semangat sedemikian, satu inisiatif yang diberi nama 'Kita Dah Cukup Manis' berlangsung sepanjang Ramadan dan Syawal ini.



Ia antara lain menggunakan kekata menarik 'Korang ok? Kurangkan ok?'.



Menurut Kajian Pemakanan Nasional 2010, lebih ramai orang Melayu (61 peratus) minum minuman manis dua kali atau lebih setiap minggu berbanding masyarakat Cina (41.9 peratus) dan India (48.8 peratus).



Selain itu, makanan kegemaran Melayu yang sering disaji sepanjang Ramadan lalu dan Syawal ini, seperti tauhu goreng dan mi siam, tinggi kandungan gula.



Misalnya, setiap mangkuk mi siam mengandungi 10 sudu teh gula. Beberapa jenis minuman yang sering dijual sepanjang Ramadan seperti air katirah pula mengandungi lebih tujuh sudu teh gula bagi setiap hidangan.



Ramadan lalu, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, telah menggalak masyarakat Melayu agar memanfaatkan amalan puasa bagi mengamalkan cara pemakanan lebih sihat, termasuk memberi tumpuan kepada mutu diet.



Ini lebih-lebih lagi penyakit kencing manis merupakan isu kesihatan yang membelenggu masyarakat Melayu di sini.



Lima daripada 10 orang Melayu berusia 60 tahun ke atas menghidapi kencing manis.



"Meskipun makanan dan minuman manis sering disaji semasa iftar, saya harap kita semua dapat ingat agar makan secara sederhana.



"Galak keluarga mengambil langkah mudah mengubah diet," ujar Encik Amrin dalam kenyataan HPB sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >