Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen kurang guna sisa pakai buang dilancar

Jun 09, 2019 | 05:30 AM



SATU kempen seluruh negara dilancarkan semalam bagi mengurangkan penggunaan sisa pakai buang.



Lebih 1,600 premis yang termasuk tempat makanan dan minuman, hotel, sekolah dan pasaraya, akan menggalak masyarakat setempat mengurangkan penggunaan pakai buang seperti beg plastik, bagi tiga bulan mendatang.



Kempen 'Say Yes to Waste Less', dikendalian Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dengan kerja sama 59 badan lain.



Ia dilancarkan Menteri Negara Kanan Sekitaran Sumber Air, Dr Amy Khor, di Ikea Tampines semalam, menurut kenyataan NEA.



Sejajar dengan matlamat Singapura mencapai sifar sisa pada tahun ini, kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perlunya mengurangkan sisa.



Pada 2018, NEA berkata sekitar 164,500 tan sisa pakai buang telah dibuang, yang boleh mengisi kira-kira 300 kolam renang saiz Olimpik.



Pengguna digalak mengambil langkah mudah bagi mengurangkan kesan mereka terhadap sekitaran dengan menggunakan barangan yang boleh diguna semula seperti beg dan botol guna semula serta mengelak penggunaan barangan pakai buang.



Antara inisiatif yang bakal dijalankan oleh rakan kerjasama adalah mempamerkan visual kempen di kaunter juruwang, menggalak pelanggan agar tidak menggunakan sudu garfu pakai buang ketika membuat tempahan dalam talian, tidak meletak botol air di bilik mesyuarat serta menawarkan insentif kepada pengguna yang membawa barangan guna semula seperti beg.



Menggalak para pengguna agar mengelak penggunaan barangan pakai buang, Dr Khor berkata semasa pelancaran kempen itu:



"Usaha bersama kita bagi memulihara sumber-sumber pada hari ini akan membolehkan sekitaran yang mapan bagi generasi mendatang."



Berikutan pelancaran ini, empat acara distrik akan dianjurkan daripada Julai hingga Ogos di samping 100 pameran bergerak dengan kerjasama masyarakat dan sekolah setempat bagi meningkatkan kesedaran dan mendampingi lebih ramai orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >