Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen NEA galak pengguna amal tabiat baik di tandas awam

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



TANDAS awam tidak sepatutnya menakutkan - itulah tema Kempen Tandas Awam Bersih Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) 2022 yang dilancarkan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, bersama Majlis Kebersihan Awam (PHC) semalam.



Menurut kenyataan NEA semalam, kempen itu bertujuan terus menggalak pengguna tandas awam supaya mengepam tandas sepenuhnya, pastikan tempat duduk tandas bersih, membuang sampah dengan betul dan pastikan lantai kering.



Menggunakan jenaka untuk menarik perhatian orang ramai, kempen tersebut juga menggalak orang awam mengamalkan tabiat baik itu untuk mengelak daripada melalui pengalaman 'seram' di tandas ekoran tandas yang kotor.



Sempena pelancaran kempen itu, Encik Baey dan Pengerusi PHC, Encik Edward D'Silva, memasang poster kempen itu dekat tandas awam di Pusat Penjaja @ Our Tampines Hub.



Menurut NEA, orang ramai juga boleh menonton video kempen itu menerusi televisyen serta wadah media sosial dan digital.



Kempen itu juga akan mendekati masyarakat lebih meluas menerusi pertubuhan akar umbi, rakan kerja badan bukan pemerintah serta institusi pendidikan untuk berkongsi mesej utamanya menerusi rangkaian dan wadah media sosial mereka.



NEA juga akan bekerjasama dengan rakan kerja mereka untuk menjalankan pelbagai usaha pendekatan.



Malah, kertas aktiviti juga akan diberikan kepada murid prasekolah dan sekolah rendah untuk mendidik mereka tentang tabiat kebersihan dan menggunakan tandas yang baik.



Selain usaha mempertingkat tabiat pengguna tandas awam, NEA dan Agensi Makanan Singapura (SFA) juga kerap menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan di tandas awam, termasuk di kedai makan.



Sekiranya gagal menyediakan kemudahan asas seperti sabun dan tisu atau menjaga kebersihan tandas, NEA berkata pemilik atau pengendali tandas awam itu boleh didenda hingga $400 bagi kesalahan kali pertama dan $500 bagi kesalahan seterusnya.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif NEA dan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, Encik Chew Ming Fai, kempen itu menekankan perlunya semua pengguna tandas awam menggunakan kemudahan itu dengan bertanggungjawab.



"Sementara tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pemilik atau pengendali tandas awam yang tidak dijaga dengan baik, setiap daripada kami juga harus mengamalkan sikap hemat untuk menjaga kebersihan selepas setiap kali menggunakannya.



"Ini menunjukkan rasa prihatin kita terhadap alam sekitar dan ciri utama sebuah masyarakat yang baik budi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >