Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen pilihan raya: Isu lama dan baru dijangka

Aug 19, 2015 | 10:33 AM



GABUNGAN isu baru dan lama akan dibangkitkan dalam kempen pilihan raya umum (GE) akan datang, berdasarkan sebuah forum kelmarin malam yang disertai wakil semua 10 parti politik yang dijangka bertanding.


Sepanjang forum anjuran Persatun Universiti Nasional Singapura (NUSS) itu, pembangkang membangkitkan pelbagai isu daripada pilihan raya umum lalu yang dianggap mereka belum selesai.


Isu imigresen paling utama, dengan wakil pembangkang dan penonton membangkitkan soal sasaran penduduk 6.9 juta.


Namun, sebahagian besar perbincang melibatkan perdebatan antara wakil Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) mengenai pengurusan majlis bandaran.


WP memberi gambaran bagaimana ia akan menolak dakwaan PAP mengenai isu itu, apabila wakilnya, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi Gerald Giam, berhujah walaupun membuat kesilapan, majlis bandaran parti itu tidak menipu penduduk.


Beliau menuduh PAP memainkan isu kesilapan tadbir urus Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) untuk "membuat orang berasa kami tidak berdaya mengurus majlis bandaran", dan beliau menjangka PAP membangkitkan lagi isu itu dalam kempennya.


Tetapi wakil PAP, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, menjawab WP harus salahkan dirinya sendiri kerana tidak menjawab sepenuhnya soalan-soalan mengenai masalah kewangan AHPETC.


Forum tersebut memberi wakil 10 parti itu peluang memberi gambaran tentang platform mereka, walaupun tidak secara mendalam.


Terdapat beberapa tema bersama dalam kalangan pembangkang, termasuk memperbaharui seruan agar penduduk mengundi mereka untuk meningkatkan akauntabiliti pemerintah.


Bagaimanapun, ada juga kepelbagaian. Contohnya, parti Singaporeans First (SingFirst, atau Warga Singapura Diutamakan), memberi tumpuan pada imigresen; Parti Pembaharuan mengenai pengurusan kewangan; dan Parti Demokratik Singapura (SDP) mendesak demokrasi lebih liberal.


WP membayangkan akan meneruskanya slogan Ke Arah Parlimen Dunia Pertama yang digunakannya pada 2011.


Di pihak PAP, Cik Sim berkata pilihan raya umum kali ini akan tertumpu pada keperluan mempunyai kepimpinan teguh.


"GE kali ini, sama seperti sebarang GE, ialah mengenai masa depan. Ia mengenai siapa membentuk pemerintah dan siapa akan membawa Singapura ke peringkat seterusnya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >