Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen Sentuhan Ramadan 2018 dilancar

May 06, 2018 | 03:20 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) melancarkan kempen Sentuhan Ramadan 2018 dalam satu majlis di Masjid Al-Falah tengah hari tadi (6 Mei).



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menghadiri acara itu selaku tetamu terhormat.



Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air turut disertai Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Razak Maricar, dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram yang menyampaikan satu tazkirah.



Tema kempen Sentuhan Ramadan tahun ini ialah 'Semarak Langkah, Berjiwa Rahmah: Rahmah Bermula Daripada Saya'.



Mesej utama daripada kempen tahun ini memberi tumpuan kepada tiga bidang – mengukuhkan institusi keluarga, menyebarkan rahmah kepada masyarakat dan menggalak amalan positif bagi memelihara sekitaran.



Di acara pelancaran kempen itu tadi, Encik Masagos turut menyertai hadirin mengucapkan ikrar Sentuhan Ramadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >