Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen Sentuhan Ramadan dilancar

May 04, 2019 | 03:34 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah melancarkan kempen Sentuhan Ramadan 2019 dalam satu majlis di Wisma Geylang Serai (WGS) tengah hari tadi (4 Mei).



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menghadiri acara itu selaku tetamu terhormat.



Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air turut disertai Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood; dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Di acara yang sama, mereka turut melancarkan Tabung Rahmah.



Sebelum pelancaran itu, Mufti telah menyampaikan satu tazkirah, menyentuh tentang hikmah Ramadan.

Kempen Sentuhan Ramadan tahun ini berteraskan tema ‘Sebarkan Rahmah: Ramadan Bersama Jiran. Raikan Bersama Keluarga dan Masyarakat’.



Kempen itu antara lain memberi tumpuan kepada usaha menyebarkan sifat ihsan dalam kehidupan berjiran dan bermasyarakat.



Mesej utama daripada kempen tahun ini memberi tumpuan kepada tiga bidang – memperkukuh iman, bersikap penyayang kepada semua dan mendakap kepelbagaian.



Kempen tahun ini juga akan menampilkan kerjasama antara rangkaian M Kuasa Tiga (M³) bagi membantu menyebarkan rahmah menerusi beberapa program yang bakal dijalankan.



Di acara pelancaran kempen itu, Encik Masagos turut melancarkan satu usaha mendekati masyarakat untuk menyebarkan mesej tentang Ramadan.



Seramai 200 relawan telah menyingsing lengan untuk menyebarkan mesej ini di sekitar Geylang Serai, Yishun, Jurong dan juga Orchard Road.



Kempen tahun ini diterajui Kelompok Masjid Utara (NMC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >