Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen sepanjang bulan bagi budayakan pembelajaran sepanjang hayat

Sep 20, 2019 | 05:30 AM



SATU kempen sepanjang bulan dengan pelbagai kegiatan dan acara yang bertujuan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat akan dilancarkan bulan depan.



Dianjurkan Yayasan Mendaki buat kali pertama, kempen yang dinamakan Bulan Raikan Ilmu itu akan dijayakan dengan kerjasama lebih 50 rakan kerja, dengan pelbagai kegiatan dan acara diadakan di serata Singapura.



Kempen Raikan Ilmu dilancarkan pada 2016 sebagai usaha menggalak budaya pembelajaran dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam dan lebih berteraskan mesej yang disampaikan berbanding kegiatan dan acara.



Kali ini ia dijalankan selama sebulan.



Berkongsi butiran tentang kempen tersebut dalam satu sidang media semalam, Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, berkata Bulan Raikan Ilmu bertujuan menerapkan budaya menimba pelbagai bentuk ilmu dalam segenap lapisan masyarakat.



"Usaha menimba ilmu ini bukan sahaja terhad kepada apa yang dipelajari di sekolah tetapi juga boleh berlaku di pelbagai tempat dan dalam pelbagai format," ujar Encik Zaqy yang juga Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia).



Tambahnya, terdapat juga trend baru seperti 'podcast' yang semakin popular di kalangan masyarakat.



Oleh itu, Mendaki telah bekerjasama dengan rakan kerja seperti akhbar Berita Harian yang mengelolakan 'podcast' #NoTapis dan Cakap Masjid supaya orang ramai dapat belajar tentang 'podcast'.



Tambahnya, ini menunjukkan bahawa pembelajaran boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan bukan terhad kepada membaca buku secara tradisional sahaja.



Antara lain, Encik Zaqy berkata orang ramai juga boleh meluaskan minda untuk menimba ilmu daripada sumber berbeza dan menerusi cara baru seperti 'podcast'.



Presiden Halimah Yacob akan melancarkan Bulan Raikan Ilmu di Wisma Mendaki di Kee Sun Avenue pada 5 Oktober.



Satu galeri warisan yang merakam susur galur perjalanan masyarakat Melayu/Islam dalam mengejar ilmu akan turut dilancarkan.



Kempen itu akan melabuhkan tirai dengan Pesta Pembelajaran di Our Tampines Hub pada 2 dan 3 November.



Bagi maklumat lanjut tentang kegiatan dan acara lain yang bakal diadakan, orang ramai boleh melungsuri laman web www.mendaki.org.sg.



Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Rahayu Buang, berkata 10 hingga 15 peratus daripada rakan kerja yang akan menyertai mereka bagi Bulan Raikan Ilmu merupakan rakan kerja baru.



Antara mereka termasuk Gardens by the Bay yang akan menjadi lokasi salah satu acara iaitu Membaca@Taman pada 6 Oktober.



"Acara membaca di taman ini tidak terhad kepada kanak-kanak saja tetapi golongan dewasa juga boleh ikut serta membaca buku bahasa Inggeris dan Melayu di semua peringkat.



"Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang mereka boleh sertai untuk menimba ilmu seperti sesi bercerita serta belajar tentang jamu, herba dan buah-buahan memandangkan kegiatan ini berlangsung di taman. Ini akan menggalak masyarakat kita menimba ilmu dengan pelbagai cara," kata Cik Rahayu.



Tambahnya, pihaknya menjangkakan sekitar 10,000 pengunjung akan menghadiri kegiatan dan acara yang akan diadakan sepanjang kempen sebulan itu.




"Usaha menimba ilmu ini bukan sahaja terhad kepada apa yang dipelajari di sekolah tetapi juga boleh berlaku di pelbagai tempat dan dalam pelbagai format.''
- Encik Zaqy Mohamad.




ANTARA ACARA UTAMA BULAN RAIKAN ILMU



5 Oktober: Pelancaran Galeri Warisan Raikan Ilmu



6 Oktober: Pelancaran Raikan Ilmu: Membaca@Taman



12 Oktober: Anugerah Mendaki



19 Oktober: Pesta kerjaya dan kemahiran SENSE



19 Oktober: Simposium Muslimah Symposium (Masjid Assyafaah)



20 Oktober: Wayang Kulit dan Gamelan (Sri Warisan)



25 Oktober: Pelancaran Mendaki@Jurong



31 Oktober: Seminar Dasar Mendaki-IPS



2-3 November: Pesta Pembelajaran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >