Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen 'tunggang selamat' untuk penunggang basikal di Sembawang

Sep 05, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Shafiq Arifin, yang sering berbasikal di kawasan kejiranannya di Sembawang West, telah beberapa kali hampir berlanggar dengan penunggang basikal lain.



Beberapa penunggang basikal tidak kekal di laluan kiri apabila berbasikal di laluan yang dikongsi, atau tidak memeriksa blind spot iaitu kawasan di sekeliling basikal yang tidak boleh dilihat dengan mudah oleh penunggang apabila memotong penunggang basikal lain di laluan yang sering kali sempit itu, katanya.



Banyak basikal juga tidak mempunyai lampu depan atau belakang, menjadikan agak sukar untuk melihat mereka pada waktu malam.



"Nasib baik saya berjaya mengelakkan pertembungan," kata pegawai kesihatan awam berusia 29 tahun itu.



Beliau antara sekitar 30 sukarelawan akar umbi yang keluar pada Selasa lalu untuk menyebarkan maklumat mengenai berbasikal dengan selamat.



Ini adalah sebagai sebahagian daripada kempen dari masyarakat yang dilancarkan dengan kerjasama Gerakan Berbudi Singapura (SKM), Majlis Bandaran Sembawang dan Pasukan Petugas Berbasikal Selamat.



Berkemeja-T berwarna kuning dengan ikon budi bahasa Singa the Lion dan cogan kata "Be Kind, Ride Safe" (Berbuat Baik, Tunggang dengan Selamat), mereka memberi beg tali cerut berwarna kuning kepada penunggang basikal di beberapa lokasi di sekitar Sembawang West sambil mengingatkan mereka untuk menunggang dengan selamat.



Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Poh Li San, turut serta bersama sukarelawan.



Laluan pejalan kaki yang sesak dan keselamatan pejalan kaki telah menjadi keprihatinan penduduk di wadnya di Sembawang West kerana semakin ramai orang berbasikal di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.



Ramai yang bekerja di kawasan perindustrian di Sembawang West juga tinggal berdekatan dan berulang alik ke kilang mereka dengan menaiki basikal.



Sementara itu, terdapat juga ramai datuk dan nenek yang menghantar cucu mereka ke sekolah di kawasan kejiranan.



"Pada waktu sibuk, ia menjadi sangat teruk, terutama pada sebelah pagi," kata Cik Poh.



Walaupun Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mempunyai rancangan untuk menambah lebih banyak laluan berbasikal di wadnya, ini akan mengambil masa.



"Saya fikir, daripada menunggu... mari kita lakukan sesuatu yang menggalakkan keselamatan dan budaya berbasikal yang bertimbang rasa," katanya.



Sukarelawan akar umbi akan terus melakukan rondaan di kawasan yang sering digunakan penunggang basikal di wad itu bagi beberapa bulan akan datang.



Kain rentang dengan pesanan keselamatan utama juga diletakkan di tempat-tempat itu, dan pelekat dengan pesanan serupa telah dilekatkan di pintu lif dalam kejiranan itu.



Cik Poh berkata beliau sedang bekerjasama dengan majlis bandaran untuk menambah lebih banyak tempat letak basikal di kolong blok, dan bekerjasama dengan kondominium untuk mengubah beberapa tempat letak kenderaan mereka menjadi tempat letak basikal untuk menangani masalah letak basikal yang tidak bertimbang rasa.



Dalam masa dua minggu akan datang, sukarelawan juga akan mendampingi pekerja dari syarikat seperti Seagate dan Old Chang Kee, yang mempunyai kilang di Sembawang West.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >