Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemudahan bantu warga tua dilancar sebagai sebahagian projek perintis di Kebun Baru

Mar 05, 2022 | 10:44 PM



Kemudahan membantu kehidupan baru untuk warga emas, termasuk mereka yang mengalami demensia, telah dilancarkan di Kebun Baru di Ang Mo Kio pada Sabtu (5 Mac) sebagai sebahagian daripada program perintis yang bertujuan membantu penduduk menua dalam masyarakat. 



Bernama Integrated Dementia (Home-based Assisted Living), atau IDeAL@115, projek itu merupakan kerjasama  antara Pertubuhan Akar Umbi Kebun Baru dan agensi perkhidmatan sosial, Dementia Singapore.



Kemudahan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Encik Kwek Hian Chuan Henry, penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi Kebun Baru.



Terletak di empat unit di tingkat dua flat sewa, Blok 115 di Ang Mo Kio Ave 4, projek itu bermatlamat membantu warga emas yang lemah termasuk mereka yang mengalami demensia, melalui sokongan dan pemantauan yang diselaraskan.



Menyentuh tentang usaha ini, Encik Lee berkata dalam satu catatan pos Facebook:



“Sedang penduduk kita semakin menua, kita harus menjaga satu sama lain, khususnya mereka yang lemah antara kita.”



“Saya gembira melihat ramai penduduk dan kumpulan telah bekerjasama untuk menyokong warga emas kita agar mereka dapat menikmati hari-hari tua dengan bermaruah dan autonomi.”



Program percuma itu kini menyediakan perkhidmatan kepada 40 penduduk blok itu.



Ruang IDeAL@115 mempunyai pejabat pentadbiran, bilik telekesihatan, bilik aktiviti dan dapur, dan dikendalikan oleh sekumpulan kakitangan sepenuh masa, serta kakitangan sambilan dan sukarelawan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >