Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemudahan baru di Republic Poly latih pelajar dalam teknologi pertanian mampan

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



POLITEKNIK Republic (RP) semalam melancarkan sebuah kemudahan teknologi pertanian baru bagi menyokong daya tahan makanan dan kemapanan Singapura.



Ia institut pendidikan tinggi (IHL) pertama yang menyediakan pengajaran dan penyelidikan khusus untuk menanam tumbuh-tumbuhan dalam keadaan pengudaraan semula jadi dan iklim terkawal.



Kemudahan 650 meter itu, yang diberi nama 'The Greenhouse', akan menyediakan pengalaman dunia sebenar secara langsung dalam melatih lebih 700 pelajar Latihan Prapekerjaan (PET) dan Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET).



Kemudahan seperti sistem hidroponik berasaskan multi-tier-tray membolehkan lebih banyak tumbuh-tumbuhan ditanam di tapak kecil.



Rak atas akan menerima cahaya daripada matahari, manakala rak di bawah akan menerima cahaya lampu LED.



Sebagai sebuah negara kekurangan tanah, kebanyakan makanan Singapura diimport. Namun, untuk Singapura berdikari dan berdaya tahan, terdapat keperluan meningkatkan jumlah makanan keluaran tempatan dan mengurangkan pergantungan pada import makanan.



Singapura menetapkan matlamat menghasilkan 30 peratus keperluan makanannya dalam negara menjelang 2030.



Oleh itu, untuk menyokong matlamat "30 by 30" Singapura, The Greenhouse akan membolehkan RP memainkan peranan lebih besar bagi pelajar belajar dan membina kemahiran dan pengetahuan tentang pertanian.



Ia juga akan menampilkan sistem pertanian berbeza dan menggunakan elemen bangunan mampan serta analisis data untuk mengoptimumkan pertumbuhan sayur-sayuran.



RP juga menawarkan pelbagai program, seperti Diploma Sains dalam Teknologi Pertanian Bandar, Diploma Pakar dalam Agriteknologi dan Perniagaan Tani, dan Program Penukaran Kerjaya untuk Pakar Agritech.



"Program ini telah menyediakan pelajar pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk memulakan kerjaya mereka dalam bidang agritech.



"Melabur dalam kemudahan seperti The Greenhouse ini akan menyediakan generasi pelajar peluang mendalami pengalaman pembelajaran mereka dan menemui minat mereka," kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), di majlis pelancaran semalam.



RP juga mempunyai perkongsian dengan syarikat LivFresh dan I.F.F.I. (singkatan bagi Indoor Farm Factory Innovation).



LivFresh membantu membangunkan sistem hibrid menanam sayur-sayuran berdaun segar bermutu tinggi secara tempatan dan I.F.F.I. menghasilkan sayur-sayuran bermutu dalam keadaan terkawal melalui pertanian menegak.



Ini sejajar dengan usaha Singapura melengkapi syarikat dengan kemahiran relevan agar mereka dapat meraih manfaat daripada ekonomi hijau sedang negara berusaha mencapai matlamat kemampanannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >