Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemudahan inklusif bagi orang kurang upaya cuba kegiatan mencabar

Peluang disediakan di Politeknik Republic yang baru buka pusat pendidikan berasas pengalaman
Jan 07, 2022 | 05:30 AM



KEGIATAN luar yang mencabar seperti sukan abseiling atau 'flying fox' bukanlah untuk sesiapa yang berkemampuan dari segi fizikal sahaja.



Malah, ia sepatutnya menjadi kegiatan inklusif yang boleh dibuat oleh golongan termasuk kanak-kanak, warga tua ataupun orang kurang upaya (PWD).



Demikian menurut pelajar Politeknik Republic (RP), Encik Muhamad Ariq Ramlee, yang ingin mempelajari teknik mengendalikan peserta yang berbilang kemampuan dalam kegiatan mencabar itu .



Apatah lagi, Encik Ariq berpeluang mempelajari kemahiran itu di pusat pendidikan berasaskan pengalaman (XLC) yang baru dibuka di RP semalam.



Bangunan yang dibina setinggi 20 meter, sama dengan ketinggian bangunan tujuh tingkat, di kampus RP itu akan menjadi kemudahan kegiatan sukan luar inklusif terbesar di Singapura.



Bangunan itu akan mempunyai 10 kemudahan bagi aktiviti pengembaraan dan ia dibina menggunakan bahan binaan pintar yang membolehkan ia kalis cuaca sepanjang tahun.



Encik Ariq amat teruja apabila diberitahu bahawa pusat itu akan menjadi sebahagian daripada kurikulum pembelajaran beliau di RP.



"Saya amat bangga menjadi pelajar di sini kerana kami akan dapat belajar teknik-teknik mengendalikan peserta dari berbilang latar belakang.



"Orang kurang upaya juga boleh dapat rasakan apa yang kami lalui di sini. Malah, ini akan membantu mereka supaya tidak rasa mereka diabaikan masyarakat," kata pelajar diploma dalam pembelajaran kegiatan luar dan pengembaraan tahun ketiga itu.



Encik Ariq juga ingin mencuba memahami kesukaran peserta kurang upaya yang akan membuat kegiatan di situ nanti.



"Saya ingin cuba menaiki kerusi roda dan membuat kegiatan-kegiatan yang ada di sini.



"Ini akan dapat membantu saya memahami keadaan mereka supaya saya juga boleh membantu mereka jika saya menjadi seorang pengajar di tempat-tempat kegiatan sebegini," ujar Encik Ariq yang bercita-cita menjadi tenaga pengajar di Outward Bound Singapore (OBS).



Kemudahan XLC di RP telah dilancarkan oleh Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, sempena ulang tahun yang ke-20 sekolah itu.



Antara kemudahan yang ada termasuk kegiatan panjat batu, abseiling dan 'flying fox'.



Beberapa kemudahan juga mempunyai sistem mengikatkan secara automatik (auto-belay) bagi membolehkan peserta kurang upaya membuat kegiatan di kemudahan tersebut.



Ia juga menggunakan sistem 'winch' atau alat penarik menggunakan kabel, yang membolehkan orang yang berkerusi roda menggunakan kemudahan di situ.



Dengan sistem ini, peserta tidak lagi memerlukan pasukan untuk membantu mereka dalam aktiviti di kemudahan itu kerana sistem akan memberikan autonomi kepada peserta tanpa menjejas keselamatan mereka.



Encik Tharman dalam ucapannya berkata:



"Dengan ciri-ciri kemudahan yang ada di sini, pelajar akan lebih memahami cabaran yang dihadapi oleh orang kurang upaya, dan dapat menyesuaikan aktiviti rekreasi dan sukan untuk mereka".



Pengetua dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RP, Encik Yeo Li Pheow, pula berkata menerusi kemudahan itu, "pelajar boleh mengharapkan pengalaman kurikulum yang dipertingkat dan peluang untuk penglibatan masyarakat dalam bidang aktiviti fizikal yang inklusif, pembelajaran pengalaman dan pendidikan kegiatan luar".




CIRI-CIRI KEMUDAHAN DI XLC, POLY REPUBLIC



- 10 kemudahan kegiatan pengembaraan utama ditempatkan dalam satu tapak.



- Beberapa kemudahan mempunyai sistem mengikatkan secara automatik (auto-belay) untuk mengurangkan bantuan yang diperlukan.



- Empat kemudahan membolehkan peserta yang mempunyai mobiliti terhad termasuk pengguna kerusi roda untuk membuat kegiatan mencabar.



- Bangunan XLC setinggi 20 meter itu boleh kilas cuaca sepanjang tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >