Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemudahan mesra warga emas, orang kurang upaya di Masjid Sallim Mattar

Jun 11, 2016 | 05:30 AM



JEMAAH yang datang ke Masjid Sallim Mattar di MacPherson kini boleh memanfaatkan beberapa kemudahan baru yang lebih mesra warga emas dan orang kurang upaya.



Antaranya ialah lif baru, tanjakan, kemudahan susur tangan dan tandas khas buat orang kurang upaya.



Kemudahan baru itu dapat dinikmati jemaah menyusuli penyelesaian Program Peningkatan Masjid (MUP) yang bermula Januari tahun lalu dan selesai Februari lalu.



Selaras demografik estet MacPherson yang lebih matang, beberapa kemudahan juga dipertingkat.



Ini termasuk kerja peningkatan pada dewan serba guna, meja penyambut tamu dan ruang mengambil wuduk yang diperluas.



Pembinaan pengalisan air pada bumbung masjid dan kerja mengecat bahagian dalam dan luar masjid turut dijalankan.



Menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), pembinaan kemudahan baru dan kerja peningkatan itu telah menelan belanja sekitar $927,000.



Semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, hadir bagi jamuan berbuka puasa di Masjid Sallim Mattar dan menemui relawan masjid.



Mengulas kerja peningkatan tersebut, Dr Yaacob berkata:



"Saya sanjung tinggi sokongan masjid dan masyarakat melalui dana MBMF yang telah kita perolehi untuk meluaskan masjid, bukan sahaja buat masjid yang baru, malah masjid lama seperti Masjid Sallim Mattar."



Seorang anggota jemaah, Cik Norliah Khamis, 76 tahun, yang sering datang ke Masjid Sallim Mattar dan tinggal di Paya Lebar Way selama 35 tahun, menyambut baik kerja naik taraf itu.



"Dulu kalau nak naik ke tingkat atas, mak cik tak larat. Alhamdulillah sekarang ada lif lebih mudah.



"Kawan seangkatan mak cik pun semakin ramai datang ke masjid sejak kerja naik taraf ini," ujar nenek dua cucu itu.



Turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) MacPherson, Encik Eddie Wong.



Masjid yang boleh menampung sekitar 1,000 orang itu telah dibina pada 1960, sebelum dibina semula pada 2003.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >