Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Kemudahan rel baru bagi kurangkan penutupan laluan MRT semasa ujian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kemudahan rel baru bagi kurangkan penutupan laluan MRT semasa ujian

Apr 24, 2019 | 12:05 PM

SINGAPURA akan membina sebuah pusat ujian kereta api bersepadu (ITTC) untuk membolehkan keretapi dan sistem rel baru diuji tanpa mengganggu perkhidmatan di laluan operasi.

ITTC yang dijangka siap menjelang 2022 akan menjadi yang pertama di Asia, dan bakal ditempatkan di tapak bekas Raffles Country Club di Tuas, lapor The Straits Times.

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan mengumumkan tentang pusat tersebut ketika melawat pusat kawalan operasi baru bagi laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat SMRT di depot Kim Chuan pagi tadi (Rabu, 24 April).

Beliau menjelaskan bahawa ITTC, yang bakal menelan belanja beberapa juta dolar, akan digunakan bagi menjalankan ujian "sepanjang masa" dan luar daripada laluan operasi.

"Ini akan membebaskan waktu kejuruteraan yang terhad dan mengurangkan keperluan menutup laluan MRT... Ia akan meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pengguna," ujar Encik Khaw.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3