Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemunculan kelompok Covid-19 di rumah jagaan timbul keprihatinan

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



UJIAN yang dijalankan secara agresif di institusi penjagaan kesihatan dan rumah penjagaan mungkin sebab kelompok jangkitan Covid-19 dikesan di tempat sedemikian.



Namun kemunculan kelompok tersebut tetap merupakan satu keprihatinan kerana ia menjejas individu yang mudah dijangkiti, kata pakar perubatan.



Kebanyakan kelompok jangkitan yang aktif kini termasuk tempat sedemikian, seperti di Institut Kesihatan Mental dan beberapa rumah penjagaan seperti rumah penjagaan NTUC Health di Jurong West.



Sehingga kelmarin, kelompok di IMH mempunyai 116 kes terdiri daripada pesakit dan kakitangan. Kelompok di rumah penjagaan NTUC Health pula mempunyai 15 kes, dengan kesemuanya penghuni rumah itu.



Meskipun kelompok jangkitan dikesan di institusi penjagaan kesihatan dan rumah penjagaan, pakar perubatan yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata kes Covid-19 tersebut tidak semestinya telah dijangkiti di dalam tempat tersebut kerana individu mungkin telah dijangkiti virus dari tempat lain di luar.



Doktor keluarga, Dr Zuraimi Mohamed Dahlan dari Banyan Jurong Clinic, berkata walaupun doktor dan jururawat dilindungi dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) di tempat kerja, halnya berlainan apabila mereka di luar tempat kerja.



Di rumah dan dalam masyarakat, mereka tidak memakai PPE dan dengan mudah boleh dijangkiti varian Delta virus itu.



"Semakin ramai individu terjejas, tidak kira kerja mereka. Lebih penting adalah soal kekurangan tenaga kerja apabila karyawan penjagaan kesihatan terjejas.



"Ini memperlahankan perkhidmatan yang disediakan dan mungkin boleh membawa kepada penutupan wad yang diperlukan disebabkan kekurangan tenaga kerja," kata beliau.



Pengarah Perkhidmatan Perubatan di Hospital Mount Alvernia, Dr Djoni Huang, pula berkata ujian yang dijalankan secara agresif merupakan antara faktor penyumbang dalam mengesan kes jangkitan di institusi penjagaan kesihatan dan rumah penjagaan supaya ia dapat dibendung awal.



Namun, risiko dijangkiti Covid-19 di luar kini lebih tinggi jika dibandingkan di dalam keadaan seperti institusi penjagaan kesihatan dan rumah penjagaan.



"Di institusi penjagaan kesihatan dan rumah penjagaan, kakitangan memakai PPE dan mematuhi sepenuhnya langkah pengurusan selamat. Amat sukar mengetahui jika kelompok di dalam tempat sedemikian memang berasal dari dalam atau luar tempat itu.



"Oleh itu, setiap orang mesti memainkan peranan mereka dengan mematuhi langkah pengurusan selamat, sama ada di hospital, rumah penjagaan, rumah sendiri atau tempat lain dalam masyarakat," kata beliau.



Pakar penyakit berjangkit, Dr Leong Hoe Nam, di Rophi Clinic di Mount Elizabeth Novena, berkata penularan yang berlaku di institusi penjagaan kesihatan dan rumah penjagaan berlaku mungkin disebabkan beberapa perkara.



Ini termasuk individu yang tidak menunjukkan sebarang gejala terus bekerja, atau individu yang mengalami gejala enggan berjumpa doktor, atau individu belum divaksin.



"Institusi penjagaan kesihatan mesti menjangkakan lebih banyak jangkitan. Dan begitu juga, sesiapa saja di Singapura di dalam institusi penjagaan kesihatan mesti menjangkakan dijangkiti.



"Ia bukan lagi tanggungjawab institusi penjagaan kesihatan untuk melindungi tetapi tanggungjawab individu untuk memvaksin dan melindungi diri sendiri," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >