Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemungkinan tidak perlu perketat lagi peraturan Covid-19 S'pura buat masa ini kerana jumlah kes masyarakat stabil: Lawrence Wong

May 28, 2021 | 05:08 PM



LANGKAH-LANGKAH yang diambil kini bagi mengekang penularan virus Covid-19 berkesan sejauh ini kerana bilangan kes masyarakat di sini sudah stabil, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Jumaat (28 Mei).



Lantaran itu, "kami tidak fikir perlu bagi memperketat lagi postur keseluruhan buat masa ini", jelas Encik Wong, sambil menambah warga Singapura masih perlu kekal berjaga-jaga dan memainkan peranan mereka dengan mengurangkan kegiatan dan pergerakan di luar rumah.



Butiran lanjutan akan diberi pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19 dalam satu sidang media pada Isnin (31 Mei), jelas Encik Wong. 



Beliau mendedahkan langkah sokongan dipertingkat buat perniagaan yang terjejas dek langkah diperketat dalam Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) pada Jumaat.



Langkah sokongan berupa pakej $800 juta ini meliputi subsidi gaji di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) buat sektor yang terjejas seperti gimnasium, studio kecergasan, pertubuhan seni pementasan dan pusat pendidikan seni.



"Jika kekangan dilanjutkan melepasi 13 Jun, pihak kementerian juga akan memikirkan kemungkinan langkah sokongan serupa boleh dilanjutkan," tambah Encik Wong.



Beliau yang menjadi pengerusi bersama pasukan bertindak menangani Covid-19 itu berkata bilangan kes masyarakat kini stabil malah berkurangan sedikit.



"Semua ini kerana usaha mengetatkan (langkah-langkah) dan kerana setiap orang di Singapura bekerjasama dan memainkan peranan mereka.



"Justeru, kami berterima kasih kepada setiap orang kerana melakukannya - bersikap berjaga-jaga, mengurangkan kegiatan, duduk di rumah seberapa yang boleh dan keluar hanya bagi kegiatan penting.



"Saya fikir jika kita terus melakukan sebegini...maka kita mempunyai peluang yang sangat baik bagi meneruskan usaha mengurangkan bilangan kes dan mengawasi jangkitan yang ada," ujar Encik Wong.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >