Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan 10.3% harga kondo jualan semula papar pasaran hangat

Kesan langkah penyejukan pasaran hanya dijangka dalam beberapa bulan mendatang
Jan 12, 2022 | 05:30 AM



HARGA unit kondominium jualan semula meningkat 10.3 peratus tahun lalu, menunjukkan pasaran hartanah hangat yang mencetuskan langkah penyejukan baru pada pertengahan Disember.



Pada 2020, harga kondominium jualan semula meningkat hanya 1.4 peratus.



Ini berlaku selepas harga jualan semula meningkat pada Disember sebanyak 1 peratus, menandakan pertumbuhan bulanan ke-17 berturut-turut, menurut perangkaan portal hartanah 99.co dan SRX Property yang dikeluarkan semalam.



Menurut ketua penyelidik di 99.co, Encik Pow Ying Khuan, kesan minimum kepada langkah penyejukan ini pada harga Disember "tidak menghairankan" kerana kebanyakan urus niaga akan berada pada peringkat akhir apabila langkah itu bermula pada 16 Disember lalu.



"Kesan penuh pada Kadar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) yang lebih tinggi dan Nisbah Bayaran Pinjaman Hutang (TDSR) yang diperketat mungkin hanya dapat dilihat sepenuhnya dalam beberapa bulan mendatang.



"Buat masa ini, TDSR yang diperketat berfungsi sebagai langkah awal untuk mengelak penggunaan berlebihan, terutamanya dengan kenaikan kadar faedah yang akan berlaku, kerana penurunan sebanyak 5 peratus sahaja berkemungkinan tidak akan menjejaskan kemampuan dengan ketara," tambah Encik Pow.



Urus niaga jualan semula menyusut buat bulan keempat berturut-turut pada Disember dengan anggaran 1,563 unit bertukar tangan, turun 1.2 peratus daripada 1,582 unit pada bulan sebelumnya.



Namun, jumlah jualan semula bagi keseluruhan 2021 melonjak sebanyak 81.8 peratus berbanding 2020 kepada anggaran 20,079 unit, menurut data 99-SRX.



Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, berkata kemerosotan dalam urus niaga pada Disember mungkin disebabkan musim kerana lebih ramai orang bercuti akhir tahun lalu buat kali pertama sejak Covid-19 melanda.



Bulan lalu, kondominium pasaran besar-besaran di kawasan pinggir bandar menyumbang bahagian terbesar jumlah jualan, sekitar 59.1 peratus.



Rumah di kawasan pinggir bandar menyumbang 23.7 peratus, manakala baki 17.2 peratus berada di kawasan tengah Singapura.



Harga urus niaga tertinggi bagi unit kondominium jualan semula bulan lepas ialah $14.8 juta bagi seunit di Altez, kondominium pegangan pajakan 99 tahun di Tanjong Pagar.



Di kawasan pinggir bandar, harga transaksi tertinggi mencecah $7.2 juta bagi apartmen pajakan selama 99 tahun di Corals At Keppel Bay di HarbourFront.



Di kawasan subbandar, sebuah unit pegangan bebas di Grand Duchess At St Patrick's di Marine Parade dijual pada harga $3.95 juta.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di firma hartanah OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata 43.2 peratus daripada kondominium jualan semula bulan lalu diurus niaga selepas 16 Disember, apabila langkah penyejukan berkuat kuasa, memetik data Realis Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



"Daripada urus niaga ini yang berlaku selepas langkah penyejukan, lebih separuh daripadanya adalah di kawasan pinggir bandar.



"Ini menunjukkan bahawa pembeli rumah pasaran besar, yang biasanya menaik taraf daripada flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), terus membeli kondo walaupun terdapat langkah penyejukan baru.



"Mungkin ramai daripada pembeli ini telah menjual flat HDB mereka dan tidak terjejas dengan peningkatan ABSD kerana mereka tidak memiliki hartanah lain," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >