Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan GST diperlu bagi tampung tambahan perbelanjaan sosial: Maliki

Feb 28, 2022 | 05:30 AM



RANCANGAN pemerintah menaikkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai tahun depan mungkin dianggap segelintir anggota masyarakat sebagai memburukkan lagi keadaan kini yang sudah pun rumit dan penuh ketidaktentuan.



Namun peningkatan itu perlu dilaksanakan kerana Singapura memerlukan pendapatan tersebut untuk menampung perbelanjaan yang meningkat dalam penjagaan kesihatan, penjagaan warga emas dan perbelanjaan sosial.



Menyatakan demikian di sesi perbincangan mengenai Belanjawan 2022 dengan masyarakat Melayu/Islam yang menetap di kawasan Bedok semalam, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata: "Ramai yang senang tersalah faham. Mereka kata keadaan sudah rumit, mengapa nak naikkan GST?"



Kenaikan GST 'tidak akan dirasai' kerana pemerintah beri Pakej Jaminan $6.6b



"Ini adalah bagi jangka panjang kerana kita perlukan dana untuk menampung perbelanjaan lebih tinggi.



"Tetapi, peningkatan ini bukan dibayar oleh rakyat Singapura sahaja, malah pengunjung dan warga asing.



"Ia adalah pendapatan untuk kita yang boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan. Jadi, GST bukan dinaikkan sewenang-wenangnya," kata Dr Maliki, yang berharap peserta dialog itu dapat membantu menerangkan dengan lebih mendalam kepada penduduk lain yang mungkin masih kurang memahami apa yang disampaikan semasa Belanjawan tahun ini.



GST akan dinaikkan daripada 7 peratus kepada 8 peratus mulai 1 Januari 2023, dan seterusnya daripada 8 peratus kepada 9 peratus pada 1 Januari 2024.



Apabila dilaksana sepenuhnya pada 2024, GST akan menambahkan pendapatan sebanyak $3.2 bilion.



Dr Maliki menerangkan walaupun terdapat kenaikan GST, pemerintah memberi Pakej Jaminan berjumlah $6.6 bilion. Ia akan membantu mengatasi perbelanjaan GST tambahan sekurang-kurangnya lima tahun bagi kebanyakan keluarga dan sekurang-kurangnya 10 tahun bagi isi rumah berpendapatan rendah.



Pakej itu termasuk bayaran wang tunai, rebat GST-U Save, baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan tokokan Medisave.



"Kalau ada rakan-rakan marah-marah GST naik lagi, beritahu mereka yang kenaikan itu tidak akan dirasai," kata Dr Maliki, yang juga penasihat akar umbi GRC East Coast.



Sekitar 40 penduduk menghadiri perbincangan itu, yang dianjurkan dua bandar M Kuasa Tiga (M³), iaitu M³@Bedok dan M³@Geylang.



Ia turut dihoskan oleh penasihat akar umbi GRC Aljunied, Encik Shamsul Kamar.



Selain mendengar tentang butiran utama dalam Belanjawan tahun ini, peserta berpeluang menyampaikan maklum balas mereka dan bertanya tentang pelbagai isu.



Seorang peserta bertanya tentang Skim Ihsan Senja yang menyokong warga emas berpendapatan rendah, dan mengapa tidak semua warga emas menerimanya.



Dr Maliki menerangkan skim itu bagi warga berusia 65 tahun dan ke atas tertentu, yang antara lain menyumbangkan $140,000 atau kurang pada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) hingga usia 55 tahun.



"Kita tak boleh katakan yang semua layak, tetapi kita cuba membantu sekumpulan yang mungkin memerlukan lebih banyak bantuan menurut definisi kami.



"Tetapi jika ada yang benar-benar memerlukan bantuan, ada banyak sokongan yang boleh kami berikan, seperti kebajikan CCC (Jawatankuasa Perundingan Rakyat), kebajikan CDC (Majlis Pembangunan Masyarakat) dan sebagainya," kata beliau.



Seorang lagi peserta bertanya tentang usia bekerja semula yang dinaikkan kepada 70 tahun menjelang 2030 dan apakah had usia itu boleh dilanjutkan.



Encik Shamsul berkata setelah sampai ke tahap pekerja boleh bekerja hingga umur 70 tahun dan sekiranya didapati ramai warga perlu bekerja sampai umur lebih lanjut, beliau rasa pemerintah dan rakan kongsi tiga pihak akan berbincang dan menaikkan had itu.



"Ada dua faktor untuk bekerja lebih daripada 70 tahun - anda mesti sihat, dan anda mesti masih boleh buat kerja dengan baik," katanya, sambil menambah ia juga bergantung kepada syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >