Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan kos hidup, isu kesihatan antara kebimbangan rakyat: Tinjauan

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



PENINGKATAN kos kehidupan dan isu berkaitan kesihatan adalah antara kebimbangan utama rakyat Singapura menyusuli Rapat Hari Kebangsaan tahun ini, menurut satu tinjauan semalam.



Seramai 600 orang, ditinjau oleh firma penyelidikan Milieu Insight, memberikan pandangan mereka mengenai rapat itu kelmarin, dengan responden menyatakan sentimen terhadap pemansuhan Seksyen 377A secara amnya adalah 'neutral'.



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menyentuh topik tersebut dalam ucapan rapatnya yang disiarkan secara langsung kelmarin dan topik itu dianggap ucapan politik terpenting setiap tahun.



Responden yang berusia 16 tahun dan ke atas, diminta untuk melahirkan kebimbangan utama mereka, daripada 12 topik termasuk ketegangan antara Russia dengan Ukraine, munculnya varian Covid-19 baru dan perubahan iklim.



Sembilan daripada 10 yang ditinjau meluahkan bahawa kebimbangan utama adalah peningkatan kos kehidupan, disusuli dengan kemelesetan ekonomi.



Selain itu, isu kemampanan berkaitan kesihatan juga menjadi topik yang diketengahkan oleh responden.



Sekitar empat daripada 10 orang bimbang dengan perubahan iklim, sementara itu, lebih tiga daripada 10 orang berkata kebimbangan utama mereka adalah munculnya varian Covid-19 yang baru dan juga penyakit cacar monyet yang masih menular.



Selain itu, PM Lee juga telah mengumumkan bahawa rakyat Singapura tidak lama lagi hanya perlu menggunakan pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam dan di kawasan penjagaan kesihatan seperti klinik, hospital dan rumah penjagaan, memandangkan keadaan Covid-19 di Singapura semakin stabil.



Milieu mendapati ramai yang menyokong langkah ini, dengan enam daripada 10 orang yang berkata mereka sokong.



Mengenai ketepatan masa keputusan ini, sekitar separuh daripada responden merasakan keputusan itu diumumkan pada masa yang 'tepat', manakala lebih daripada satu perempat merasakan ia 'terlalu awal'.



Apabila ditanya sama ada situasi Covid-19 di Singapura akan bertambah buruk dengan kelonggaran penggunaan pelitup muka, kira-kira separuh responden setuju.



Dalam pada itu, tinjauan itu juga mendapati terdapat tahap keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan pemerintah untuk teruskan usaha membantu Singapura pulih, dengan lebih 90 peratus responden mempunyai keyakinan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >