TAMBANG lebih tinggi bagi beberapa perjalanan bas dan kereta api telah bermula secara rasmi.
Mulai hari ini (29 Dis), penumpang membayar enam sen lebih bagi tambang kad dewasa untuk kedua-dua jenis pengangkutan awam itu.
Tambang kereta api bagi perjalanan sehala dan tambang bas tunai dewasa telah meningkat sebanyak 10 sen, manakala harga bagi pas perjalanan bulanan kekal tidak berubah.
Kenaikan tambang kad bagi warga emas dan pelajar telah dihadkan kepada satu sen, dan tambang tunai mereka kekal seperti dahulu.
Kenaikan tambang bagi pekerja bergaji rendah dan golongan kurang upaya juga telah dihadkan kepada satu sen.
Majlis Pengangkutan Awam mengumumkan perubahan itu pada 30 Oktober lalu.
Semakan terkini ini dijangka menambah $78.2 juta kepada pendapatan dari tambang yang bakal diraih oleh pengendali pengangkutan awam pada 2019.