Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenal-kenal 'Jaguh Memasak' dalam siri video Facebook BH, WGS

Siri imbau nostalgia bazar Ramadan 'ditayang' mulai malam esok di Facebook BH, WGS
Mar 04, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH siri video dalam talian hasil kerjasama Berita Harian (BH) dengan Wisma Geylang Serai (WGS) bakal ditayangkan mulai esok.



Berjudul Jaguh Memasak, siri tersebut mengetengahkan peniaga-peniaga yang merupakan antara 'wajah tetap' di bazar Ramadan Geylang Serai saban tahun.



Antara mereka termasuk Cik Roza Elfita Ali Amran, 46 tahun, pemilik Apam Balik Power dan Cik Suryanie Ismail, 39 tahun, tauke takoyaki terkenal Yummy Takoyaki.



Sebanyak 10 episod telah dihasilkan dengan episod baru yang akan ditayangkan setiap Jumaat, mulai 8.30 malam di Facebook Berita Harian Singapura dan WGS, termasuk sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya.



Setiap episod sepanjang sekitar 25 minit itu akan dibahagikan kepada dua segmen - memasak dan bersiar-siar di sekitar kawasan Geylang Serai.



Jaguh-jaguh memasak itu akan mengajar penonton cara memasak juadah istimewa yang menjadi kegilaan ramai setiap kali bazar diadakan.



Mereka juga akan mengajak penonton berjalan-jalan di Geylang sambil berkongsi kenangan manis yang pernah dilalui di sana, serta inspirasi memulakan perniagaan mereka sendiri.



Mengulas tentang siri video itu yang akan mula ditayangkan esok, Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman berkata:



"BH telah bekerjasama rapat dengan WGS dalam beberapa projek sebelum ini, namun ini adalah kerjasama pertama kami dalam bidang penerbitan video.



"Kami harap siri video Jaguh Memasak ini dapat memenuhi matlamat menghibur para penonton selain membangkitkan semula nostalgia kenangan sajian pelbagai juadah di bazar Ramadan di Geylang Serai, sedang kita berdepan dengan cabaran pandemik sekarang ini."



Bahkan, antara tujuan kerjasama penghasilan video itu juga adalah untuk mendekatkan pelanggan dengan peniaga-peniaga bazar kegemaran mereka dengan memberi peluang kepada penonton mengenali mereka dengan lebih rapat.



Penolong Pengarah Pembangunan Presint/Tugas Khas WGS, Hajah Mohaideen Kamal Batcha berkata:



"BH dan WGS telah mengorak langkah membawakan program ini untuk memberi peluang kepada penjual musiman supaya mereka tetap kekal relevan dan bagi penonton mendapat tahu dengan lebih dekat mengenai penjual-penjual di bazar."



Ini terutama setelah ramai peniaga tersebut terpaksa melakukan penyesuaian dalam pandemik Covid-19 ini.



"Sudah tentu ramai yang terjejas akibat penularan Covid-19 tetapi melalui program ini saya dapat tahu bagaimana perniagaan-perniagaan ini berjaya bertahan dan membuat penyesuaian," kata hos bersama Jaguh Memasak yang juga wartawan BH, Cik Natasha Mustafa.



Siri video tersebut diarah oleh wartawan BH, Encik Harith Mustaffa, dan diterbitkan bersama beliau, Cik Natasha serta Cik Zubaidah Lah dari WGS.



Ia turut dihos bersama oleh pelakon veteran, Encik Husin Saaban.




"BH telah bekerjasama rapat dengan WGS dalam beberapa projek sebelum ini, namun ini adalah kerjasama pertama kami dalam bidang penerbitan video. Kami harap siri video Jaguh Memasak ini dapat memenuhi matlamat menghibur para penonton selain membangkitkan semula nostalgia kenangan sajian pelbagai juadah di bazar Ramadan di Geylang Serai, sedang kita berdepan dengan cabaran pandemik sekarang ini."
- Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman.



"BH dan WGS telah mengorak langkah membawakan program ini untuk memberi peluang kepada penjual musiman supaya mereka tetap kekal relevan dan bagi penonton mendapat tahu dengan lebih dekat mengenai penjual-penjual di bazar."
- Penolong Pengarah Pembangunan Presint/Tugas Khas WGS, Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >