Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Kenal mesra mudahkan laksana program intervensi awal bantu kanak-kanak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kenal mesra mudahkan laksana program intervensi awal bantu kanak-kanak

Jun 29, 2022 | 05:30 AM

SHARIFAH Muslimah Lili Ahmad Nasir, 40 tahun, telah menjadi seorang sukarelawan M3 sejak dua tahun lalu, dan telah mendekati para penduduk di flat sewa Blok 38 Bedok South Road sejak sekian lama.

Maka tidak hairanlah ramai yang berasa selesa tatkala anggota paramedik itu tampil di hadapan rumah mereka pada bila-bila masa.

Peribahasa bahawa tak kenal maka tak cinta memang sesuai dikaitkan dengan pengalaman yang dilalui Sharifah Muslimah sebelum ini.

"Memang pada awalnya tidak mudah untuk saya dekati mereka.

"Hanya selepas dua tiga lawatan selanjutnya barulah mereka selesa dengan saya, dan mereka mula berkongsi apa jua yang dialami," kata beliau.

Sharifah Muslimah, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun, berkata pengalamannya membesarkan anaknya sendiri juga dapat digunakan sekiranya beliau diletakkan dalam program intervensi awal untuk kanak-kanak yang tinggal di flat-flat sewa itu.

Beliau juga berharap dapat turut serta dalam apa jua latihan yang boleh mengukuhkan lagi pengetahuannya apabila mendekati keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan diletakkan di bawah program intervensi awal itu.

Antara penghuni yang biasa didampingi Sharifah Muslimah sejak ialah Cik Nur Raika, 48 tahun, yang tinggal bersama tiga anak lelaki serta seorang cucunya.

Menurut Cik Nur Raika, beliau tiada masalah bercakap dengan Sharifah Muslimah memandangkan sudah lama mengenali beliau.

"Saya akan berkongsi tentang perkembangan cucu saya selain masalah lain yang kami hadapi.

"Tapi yang paling penting ialah mendapatkan sokongan serta bantuan bagi pembangunan cucu saya ini yang akan masuk ke sekolah rendah tahun depan," ujar peniaga dari rumah itu lagi.

Seorang lagi penduduk di blok tersebut, Cik Erra Fadilah Riffin, 25 tahun, juga tidak sabar menantikan segala jenis sokongan dan intervensi awal yang dapat membantu anak-anaknya yang sesuai diletakkan di bawah program itu.

"Apa yang penting ialah memastikan anak-anak saya juga tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Selagi boleh para duta dapat membantu anak-anak saya dalam hal seperti membaca dan mengira," kata suri rumah dan ibu lima anak kecil itu lagi.


"Apa yang penting ialah memastikan anak-anak saya juga tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Selagi boleh para duta dapat membantu anak-anak saya dalam hal seperti membaca dan mengira."
- Cik Erra Fadilah Riffin, 25 tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3