Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenali bahasa, budaya suku kaum kecil juga ada manfaat: Maliki

Mar 21, 2022 | 05:30 AM



MELEBIHI daripada mempelajari Bahasa Melayu, adalah penting untuk para pelajar mengetahui juga bahasa, budaya dan sejarah daripada suku kaum kecil lain yang wujud di Singapura seperti masyarakat Bawean dan Jawa.



Ini lebih-lebih lagi dengan usaha penyejagatan serta kedudukan Singapura dalam Nusantara ini, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



"Walaupun ada bahasa Melayu di sekolah, tetapi mungkin pelajar tidak tahu tentang kewujudan bahasa-bahasa etnik atau di mana letaknya Pulau Bawean atau Pulau Jawa.



"Saya rasa baik untuk menerapkan sejarah dan kehidupan masyarakat etnik ini dalam pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah kerana ia selaras dengan usaha penyejagatan Singapura, lebih-lebih lagi kita wujud dalam rantau Nusantara ini," katanya.



Beliau berkata demikian semasa pelancaran buku "Aocak Phebien" yang bermaksud 'Berbahasa Bawean' oleh Persatuan Bawean Singapura (PBS), di Taman Warisan Melayu, semalam.



Memuji usaha persatuan itu, Dr Maliki berkata dengan pembukuan itu, ia memberi peluang kepada anak muda untuk mengenali, memelihara dan mempromosikan bahasa Bawean sekali gus memperkukuh identiti sebagai orang Melayu.



"Anak muda juga dapat melihat buku ini sebagai satu sumbangan golongan Bawean kepada pembangunan masyarakat, khususnya masyarakat Melayu di sini," kata Dr Maliki lagi.



Presiden PBS, Encik Faizal Wahyuni berkata dengan adanya media sosial hari ini, ramai anak muda seakan mahu mencari warisan dan identiti mereka.



"Masyarakat kita sering menyifatkan diri mereka sebagai orang Melayu tetapi bagi mereka yang ingin mencari jati diri sendiri dan tahu asal-usul mereka adalah daripada masyarakat Bawean, mereka boleh mengetahui lebih lanjut menerusi wadah buku ini," katanya.



Ini merupakan buku ketiga yang diterbitkan PBS dalam masa enam tahun.



Sebelum ini dua lagi buku yang pernah diterbitkan termasuk "La-obe" dan "Ponthuk Bawean."



Buku "La-obe"juga telah menjadi bahan rujukan dan dipetik dalam katalog perpustakaan institusi penyelidikan berprestij dunia seperti Universiti Yale di Amerika Syarikat dan Sekolah Pengajian Ketimuran dan Afrika di Universiti London.



Untuk terus mendedahkan bahasa dan budaya Bawean kepada pelajar sekolah, Encik Faizal berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan, sekiranya ada permintaan untuk mengadakan bengkel atau aktiviti berkaitan dengan bahasa dan budaya Bawean.



Mengongsi tujuannya menulis buku ini, penulis mapan Cik Amanah Mustafi berharap ia akan dapat dijadikan bahan rujukan bagi generasi akan datang.



"Ini merupakan khazanah saya. Kalau ia tidak dilestarikan, ia akan puus dan luput begitu sahaja," katanya.



Dalam cabaran hidup hari ini di mana terdapat pengaruh dan penularan bahasa lain, Cik Amanah berharap generasi muda akan merebut peluang ini untuk mempelajari bahasa Bawean.



"Kalau kita boleh belajar bahasa Jerman, Perancis sebagai bahasa ketiga, mengapa tidak kita pelajari bahasa etnik kita sendiri.



"Secara tidak langsung, ia akan memberi sumbangan dalam pembentukan jati diri kita," katanya lagi.



Buku "Aocak Phebien" boleh dibeli dari PBS atau kedai Muslimedia Bookshop dekat Changi Road, pada harga $30.




"Saya rasa baik untuk menerapkan sejarah dan kehidupan masyarakat etnik ini dalam pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah kerana ia selaras dengan usaha penyejagatan Singapura, lebih-lebih lagi kita wujud dalam rantau Nusantara ini."
- Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >