Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI

KENANGAN MENGUSIK JIWA: Sekeluarga singsing lengan kemas rumah, ayah jadi 'mandur'

May 03, 2022 | 05:30 AM



BELIAU masih ingat lagi bagaimana keluarganya membantu satu sama lain mengemas rumah dengan ayahnya memainkan peranan utama.



Mengongsi kenangan Hari Rayanya, anggota parlimen GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin, berkata ayahnya tidak menyerahkan segala tugas membersihkan rumah sepenuhnya kepada ibunya tetapi sebaliknya sama-sama menyingsing lengan.



Melihat penglibatan ayahnya itu, secara tidak langsung mencorak pandangan Cik Nadia tentang kepentingan peranan suami atau lelaki yang perlu sama-sama memikul tanggungjawab tugasan rumah bersama.



"Hari Raya memang merupakan satu usaha bersama antara ibu dengan ayah saya.



"Kalau ibu saya masak, ayah saya akan mengemop lantai.



"Secara tidak langsung, ini mengurangkan stereotaip. Justeru jika kita ingin mengubah fikiran masyarakat tentang peranan wanita, ia perlu bermula dari rumah," katanya



Pengalaman kehidupan sedemikian turut membentuk pemikiran Cik Nadia yang sering menitikberatkan soal martabat wanita.



Malah dalam ucapannya di Parlimen semasa isu Kertas Putih bagi Pembangunan Wanita dibentangkan, Cik Nadia memilih untuk menyentuh tentang aspirasi wanita di rumah.



Beliau berpendapat masyarakat perlu melihat dan menilai kejayaan wanita bukan daripada segi peranannya terhadap orang lain tetapi sebaliknya atas dasar kejayaan mereka sendiri sebagai seorang individu.



Menurutnya, dengan kelonggaran pada langkah pengurusan selamat Hari Raya ini, beliau pasti ramai saudara-mara akan merebut peluang ini untuk mengunjungi satu sama lain, dengan ada yang sudah dua tahun tidak berjumpa.



Namun beliau berharap soalan yang diajukan terhadap wanita tidak menjurus kepada sama ada bila mereka akan berkahwin, manakala bagi yang sudah berumah tangga pula, bila akan mereka menimang cahaya mata.



"Usah menilai wanita. Ada kalanya, ada sebab tertentu mengapa mereka masih menangguhkan perkahwinan atau menimang cahaya mata.



"Sebaliknya tanyakan kepada mereka tentang aspirasi mereka. Lihat diri mereka dengan menilai apa yang ingin dan boleh mereka capai," katanya lagi.



Menyentuh tentang sumbangan wanita semasa Hari Raya dalam keluarganya, Cik Nadia teringat bagaimana mak ciknya akan sibuk di dapur setiap kali Hari Raya pertama membancuh teh tarik dalam periuk belanga yang besar untuk dinikmati ahli keluarga yang hadir.



"Sehingga beliau sudah berumur dan berkerusi roda juga, mak cik saya akan tetap menggaul dan membancuh teh tarik itu untuk kami semua.



"Saya rasa oleh kerana ia dibuat dengan penuh kasih sayang, makanya sedap teh tarik itu!" ujarnya.



Beliau juga teringat kenangan manis beliau dan adik perempuannya, yang lapan tahun lebih muda setiap kali malam Raya.



"Kami ditugaskan untuk menyusun kuih dalam bekas kuih tetapi sebenarnya itulah peluang untuk kami cuba kuih-kuih itu terlebih dahulu.



"Ini tugas penting jadi kita tahu kuih itu sedap ataupun tidak!" katanya sambil tertawa.



Ditanya apakah rancangan Hari Raya beliau, Cik Nadia yang telah berkahwin pada September 2018 berharap dengan lebih banyak sekatan kini dilonggarkan, beliau akan mengambil kesempatan itu untuk mengunjungi saudara-maranya dan suaminya.



"Selamat Hari Raya kepada semua. Meski sudah lebih banyak kelonggaran diberikan, tetapi pastikan anda tetap berjaga-jaga," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >