Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kencing manis: Nasi putih lebih bahaya daripada air bergula

May 06, 2016 | 07:54 AM



NASI putih. Itulah antara kebimbangan utama Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dalam usahanya berperang melawan penyakit kencing manis.



Nasi putih lebih kuat daripada minuman soda gula dalam menyebabkan kencing manis.



Berkongsi pelan pertempuran bagi mengurangkan risiko kencing manis, Ketua Eksekutif HPB, Encik Zee Yoong Kang, berkata obesiti dan minuman manis penyebab utama kencing manis di Barat.



Bagaimanapun, orang Asia lebih terdedah kepada penyakit itu daripada orang kulit putih, bermakna orang tidak gemuk pun menghadapi risiko mengalami kencing manis.



Nasi putih berkanji boleh meningkatkan paras gula darah dan menambahkan risiko mendapat penyakit itu.



Satu analisis empat kajian utama, melibatkan lebih 350,000 orang yang diikuti selama empat hingga 20 tahun, oleh Sekolah Kesihatan Awam Harvard, yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British, menunjukkan beberapa penemuan serius.



Pertama, ia menunjukkan sepinggan nasi putih yang dimakan dalam sehari secara tetap menimbulkan risiko kencing manis sebanyak 11 peratus dalam keseluruhan populasi.



Kedua, ia menunjukkan orang Asia, misalnya Cina, makan empat hidangan nasi sehari, sedangkan orang Amerika dan Australia makan hanya lima dalam seminggu.



Namun, Encik Zee tidak merancang meminta rakyat Singapura berhenti makan nasi. Apa yang beliau harapkan ialah lebih ramai orang beralih ke jenis nasi lebih sihat.



Beras putih panjang lebih baik daripada yang pendek dari segi yang mana satu lebih meningkatkan gula darah.



Peningkatan paras gula darah menyebabkan pankreas menghasilkan lebih banyak insulin, dan jika ini berlaku lebih kerap, ia boleh menyebabkan kencing manis.



Beliau juga mahu orang cuba menambah 20 peratus beras perang dalam beras putih yang mereka makan. Jumlah itu cukup untuk mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 16 peratus.



"Tidak perlu menggantikan semua yang mereka makan sekarang. Hanya tambahkan jumlah bijian sempurna (whole grain) dan beras perang."



Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, berkata bulan lepas bahawa kencing manis membuat Singapura kehilangan lebih $1 bilion setahun.



Penyakit itu punca utama kebutaan, kegagalan ginjal dan amputasi di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >