Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenderaan asing akan dilarang masuk mulai April jika belum bayar denda

Feb 01, 2019 | 05:34 PM



MULAI 1 April, kenderaan asing dengan denda tertunggak bagi kesalahan trafik, letak kenderaan (parking) atau pengeluaran asap menghadapi kemungkinan dilarang masuk ke Singapura. 



Langkah itu bertujuan mengukuhkan penguatkuasaan kesalahan sedemikian.



Demikian dinyatakan Pasukan Polis Singapura (SPF), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini (1 Feb).



Kenyataan itu berkata pemandu asing yang memasuki Singapura perlu mematuhi undang-undang negara ini dan menyelesaikan sebarang denda tertunggak bagi kesalahan yang dilakukan.



Bagi mengingatkan pemandu asing, risalah telah diagihkan dan peringatan dipaparkan di pusat pemeriksaan darat.



Polis Trafik dan agensi pemerintah lain juga telah menjalankan operasi di pusat pemeriksaan  bagi mengesan kenderaan sedemikian dan meminta mereka menyelesaikan denda  tertunggak.



Namun beberapa pemandu asing tidak mengendahkannya, kata kenyataan itu.



Bagi mengelakkan daripada tidak dibenarkan masuk ke Singapura, pemandu asing dinasihatkan memeriksa sama ada mereka mempunyai denda tertunggak bagi kesalahan berkaitan kenderaan dan menyelesaikannya dengan segera.



Mereka boleh melakukannya di www.axs.com.sg.



Bayaran bagi denda boleh dibuat di saluran berikut: 



- Kiosk, laman web dan aplikasi AXS

- Laman web agensi tertentu

- Kaunter khidmat pelanggan agensi tertentu

- Pejabat Post SingPost



Pemandu asing yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai kesalahan mereka boleh menghubungi agensi berikut: 



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) 

Tel: 1800 - 2255432

E-mel: hdbcarparks@mailbox.hdb.gov.sg



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) 

Tel: 1800 – 2255582



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) 

Tel: 6225 5632



Pasukan Polis Singapura (SPF) (Polis Trafik) 

Tel: 6547 0000



Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) 

Tel: 6329 3434




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >