Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Kenderaan tanpa pemandu bakal bersihkan jalan raya S'pura?

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kenderaan tanpa pemandu bakal bersihkan jalan raya S'pura?

Oct 17, 2016 | 12:04 PM

AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengeluarkan pada Isnin (17 Okt) satu Permintaan Maklumat (RFI) bersama bagi reka bentuk dan pembangunan kenderaan tanpa pemandu untuk kerja pembersihan jalan dan pengangkutan sampah.

'Kenderaan kemudahan pelbagai kegunaan' ini selaras dengan wawasan Jawatankuasa Pengangkutan Jalan Berautonomi Singapura (Carts) bagi pengunaan teknologi pandu sendiri di sini, kata dua agensi itu dalam satu kenyataan, sambil menambah mereka akan membenarkan ia akan membolehkan perkhidmatan pembersihan dan pengumpulan sampah mampan.

Carts dibentuk oleh Pemerintah pada 2014 untuk menentukan hala tuju bagi teknologi pandu sendiri, termasuk penggunaannya untuk pengangkutan massa dan penghantaran barang.

"Melalui RFI ini, kami berharap mendapatkan maklumat daripada industri, institusi institusi pengajian tinggi dan institut penyelidikan tentang cara kita boleh memanfaatkan teknologi baru untuk meningkatkan produktiviti pembersihan awam," kata NEA dan MOT.

"Pada jangka panjang, meningkatkan tahap produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan awam akan membawa kepada penjimatan kos dan masa dan penggunaan sumber tenaga kerja lebih baik."

Pihak berminat boleh mengakses RFI dari GeBIZ mulai 17 Okt. Tarikh tutup penyertaan ialah 26 Dis 2016.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3