PERTIKAIAN OXLEY: KENYATAAN MENTERI OLEH PM LEE
Kenyataan bagi jernihkan keadaan
Tuduhan tidak berasas telah rosakkan reputasi Singapura; jika tidak disanggah boleh jejas keyakinan rakyat terhadap pemerintah
Jul 04, 2017 | 05:30 AM
SAYA membuat kenyataan ini hari ini kerana adik-beradik saya, Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang, telah membuat tuduhan serius tentang penyalahgunaan kuasa terhadap saya dan pemerintah saya.
Tuduhan tersebut menyangkut terutamanya tiga perkara: