Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenyataan berbaur perkauman terhadap pasangan berlainan bangsa tidak boleh diterima dan membimbangkan: Shanmugam

Jun 06, 2021 | 04:58 PM



Satu video telah menular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki Cina membuat kenyataan berbaur perkauman kepada pasangan yang berlainan bangsa.





Memberi komen tentang video itu dalam satu pos Facebook, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam berkata sementara beliau tidak mempunyai fakta sepenuhnya mengenai kejadian itu, tetapi nampaknya lebih ramai merasakan bahawa mereka boleh membuat kenyataan berbaur perkauman “secara bersemuka” dengan terbuka.





Menyifatkan insiden itu sebagai “agak tidak boleh diterima” dan “amat membimbangkan”, Encik Shanmugam berkata beliau pernah percaya bahawa Singapura bergerak ke arah yang tepat dari segi toleransi perkauman dan keharmonian, namun disebabkan kejadian terkini, beliau “tidak lagi pasti”.





Video konfrontasi itu, yang berlangsung selama lima minit, telah dikongsi oleh pengguna Facebook, Dave Parkash, 23 tahun.





Dalam video itu, seorang lelaki Cina warga Singapura menuduh Encik Prakash “memburu seorang perempuan Cina”.





Video itu kelihatan dirakam oleh teman wanitanya.





Lelaki itu juga menambah bahawa wanita Cina itu tidak seharusnya bersama dengan seorang lelaki India. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >