Anda mungkin telah membaca laporan media baru-baru ini mengenai insiden di gedung beli-belah, Tangs, di mana seorang jurujual dikatakan diminta menanggalkan tudungnya untuk bekerja di premisnya.
Bagi saya, ini adalah isu penting bagi masyarakat. Tempat kerja adalah bahagian penting dalam ruang bersama di mana orang ramai berinteraksi dan bekerja dengan satu sama lain tanpa mengira latar belakang budaya, agama dan etnik.
Majikan harus bersikap bijaksana dalam dasar dan amalan yang mereka tetapkan, termasuk keterangkuman di tempat kerja mereka. Saya juga menggesa majikan untuk secara berkala menyemak dasar-dasar ini dan mempertimbangkan pandangan serta kepekaan pihak berkepentingan mereka, seperti pekerja, pelanggan dan rakan niaga mereka.
Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP) menjelaskan bahawa perekrutan dan pengambilan pekerja harus berdasarkan prestasi dan kemampuan untuk melaksanakan pekerjaan.
Pakaian keagamaan rata-rata harus dibenarkan di tempat kerja, kecuali jika majikan mempunyai keperluan kod pakaian atau seragam, yang sesuai dengan sifat pekerjaan mereka, atau atas sebab operasi dan keselamatan.
Adalah penting bagi majikan untuk menyampaikan dasar seragam atau kod pakaian mereka dengan jelas dan peka kepada pekerja dan pencari kerja serta pihak berkepentingan mereka.
TAFEP berkongsi dengan saya bahawa satu lagi gedung runcit utama telah menyemak dasar seragamnya untuk menyertakan pemakaian menutup kepala setelah menerima maklum balas daripada pihak berkepentingannya.
Bagi kes yang berlaku sekarang, TAFEP telah menghubungi pihak yang terlibat dan sedang meneliti perkara ini.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Kenyataan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Zaqy Mohamad mengenai isu pemakaian tudung di Tangs
Aug 19, 2020 | 08:15 PM