Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenyataan Menteri perjelas isu Covid-19, katil ICU di Parlimen

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



SATU kenyataan menteri akan disampaikan di Parlimen apabila ia bersidang hari ini bagi memberi penerangan tentang keadaan pandemik Covid-19 di sini, langkah selanjutnya yang mungkin diambil serta kesannya jika dilaksanakan.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, akan menyampaikan kenyataan menteri itu setelah banyak soalan dikemukakan oleh Anggota Parlimen (AP) mengenai keadaan pesakit Covid-19 dan kapasiti Unit Jagaan Rapi (ICU) di sini.



Menurut Encik Ong, yang juga merupakan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF), berkata kapasiti di hospital adalah "dinamik", di mana ia boleh diubah jika diperlukan.



"Kami akan meningkatkannya apabila bilangan kes yang memerlukan penjagaan akut atau ICU meningkat, dan sebaliknya," kata Encik Ong, dalam catatannya di media sosial semalam.



Memberi contoh, beliau berkata buat masa ini terdapat sekitar 200 katil ICU, dan hampir 70 peratus telah pun digunakan.



Jumlah tersebut akan ditambah kepada 280 minggu ini bagi memastikan persediaan dilakukan sekiranya terdapat lebih banyak kes yang memerlukan penjagaan ICU, menurutnya lagi.



Walau bagaimanapun, Encik Ong akur bahawa "dengan setiap peningkatan kes, pekerja penjagaan kesihatan akan mengalami tekanan yang lebih besar".



Encik Ong menambah Dr Janil merupakan seorang doktor yang mempunyai pengalaman luas bekerja di Unit ICU Kanak-Kanak di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), dan telah melawat wad-wad ICU bagi meneliti keadaan.



Beberapa AP akan menanyakan soalan mengenai keadaan Covid-19 apabila Parlimen bersidang hari ini. Mereka termasuk AP Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) dan Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten) yang menanyakan sebab kematian pesakit Covid-19 dan jika pesakit diasingkan jika mempunyai penyakit serius yang lain.



AP Cik Jessica Tan (GRC East Coast) menanyakan langkah tambahan yang diperlukan bagi mengurangkan kes serius dan kematian dari Covid-19.



Kelmarin, Singapura melaporkan 3,112 kes jangkitan Covid-19 baru, dengan 2,608 kes ini merupakan dalam kalangan masyarakat.



Lagi 500 kes pula melibatkan penghuni dormitori manakala empat daripadanya merupakan kes import. Dalam kalangan kes masyarakat ini, 408 daripadanya merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas, jelas Kementerian Kesihatan (MOH).



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan ialah 1.14 kelmarin, turun dari 1.15 pada Jumaat.



Ini merujuk kepada nisbah kes masyarakat dalam seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan lebih daripada satu menunjukkan bahawa bilangan kes mingguan baru Covid-19 masih meningkat.



Sehingga kelmarin, MOH bekata terdapat 267 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen tambahan di wad hospital umum dan 69 pesakit dalam keadaan tidak stabil dan sedang dipantau dengan teliti di ICU. Terdapat 60 pesakit yang sakit tenat.



Kadar penggunaan ICU ialah 68 peratus, susut dari 74 peratus pada Jumaat lalu.



LAPORAN SELANJUTNYA: Janil kunjungi ICU demi fahami keadaan di hospital




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >